in

“Kalau sorang saya belanja” – Tak Cukup Duit Cash, Cashier Baik Hati Tetap Proceed Order Siap Bagi Pinjam Motor Lagi!

Anw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata di Malaysia ni masih ramai orang yang baik hati dan sudi membantu mereka yang memerlukan. Bukannya sekadar nak ambil kesempatan.


Baru-baru ni, viral di Facebook kisah seorang cashier yang katanya mempunyai hati yang sangat mulia. Kejadian ini telah berlaku di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh, dua hari lepas.

 

“Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja” 

Menurut Roslan Hassan, semuanya bermula apabila dia singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh untuk memesan makanan. Namun malangnya dia tidak mengeluarkan sebarang wang dari ATM dan queue pada masa tu sangat panjang.

Ingatkan nak bayar guna debit card, tapi restoran tersebut tak terima pulak. Pada masa tu lah Roslan ‘terpesona’ dengan sikap cashier tersebut bila dia offer nak ‘belanja’ makanan tu kalau Encik Roslan ni seorang je makan. Tapi… 

Jauh 1
sumber: facebook

 

“Pakcik boleh bawa motor tak?” 

Selepas mengusulkan supaya Roslan mengambil wang di ATM terdekat (tapi jauh jugalah kalau nak berjalan), cashier tersebut siap nak bagi Roslan pinjam motosikalnya lagi untuk memudahkan ambil wang di ATM. Aduh baiknya hati…

Tapi mujurlah Roslan bertembung dengan isteri dan anak-anaknya dan dia pinjam je duit mereka untuk bayar kepada cashier tersebut.

Baik 1

79755303 10221343589648915 782606705631428608 O
sumber: facebook

 

“We need more people like this young man…” 

Rata-rata netizen memuji sikap cashier bernama Firdaus Fitri ni dan berharap semoga lebih ramai lagi orang muda mencontohi sikap baiknya ni. Jarang tau nak jumpa orang baik hati macam ni ye, percaya dengan customer sampai nak bagi pinjam motor.

Hebat 1
sumber: facebook

Mari kita doakan cashier ni semoga dapat naik pangkat ye gais! 

Baca: “Banyak je orang baik sebenarnya” – Pemandu Grab Cina Ni Baik Hati Layan Gadis Pergi Bazar Beli Makanan Berbuka

Grab Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.