Ada segelintir manusia ni kan, bila kita rajin tegur atau bersemuka je, dia expect yang kita ni kawan rapat ataupun bff dia. Lepastu selalu ‘salah bual’ dengan kita, boleh buat perangai/pijak kepala kita sesuka hati dia.
Mesti reaksi korang macam ‘eh?!’ pada dia ni kan? Macam tu lah si Yob ni rasa bila ada sorang instafamous ni tak pasal-pasal nak meroyan bila tak dapat nak pinjam duit padanya.
Lifestyle macam orang kaya , tapi tak da duit , MISKIN”
Aku x paham betul la , dah lah aku x kenal hg , lepas tu datang2 mintak pinjam duit , aku tegur kat dm , x bermakna aku baik dgn hg , haishhh perempuan zaman skrg ni memang camni ehh ??? Bila nak pupus golongan suka meminta ni ??? Lifestyle cam orang kaya , tpi x de duit , MISKIN pic.twitter.com/P5v9bJDcha
— Yob ??♂️ (@hkmdnx) July 25, 2019
Yob tak nafikan yang dia rajin juga bertegur sapa dengan wanita berkenaan memandangkan ada follow Instagram antara satu sama lain, tapi itu tak bermakna yang dia layan orang sesuka hati.
Ada sekali ni dia ditegur oleh wanita tersebut sebab nak pinjam duit. Menurut Yob lagi, dekat Instagram wanita tu nampak bergaya macam orang ada-ada tapi….Hmmm, korang baca ni.
Siap merayu-rayu suruh lelaki ni minta kat parents supaya bagi dia pinjam.
Lepastu yang peliknya, bila tak dapat nak pinjam duit, boleh pula dia emo sampai nak mempertikaikan dari mana si Yob ni dapat duit untuk tengok bola.
Salah ni dik, nak sentap tak tentu pasal mengalahkan kawan/makwe.
Aku simpan duit untuk bola aku punya suka la , hang sape dohhhh ??? Hahahahahah pastu unfollow and remove aku”
Memandangkan perkongsian ini raih hampir 4,000 retweets sudah semestinya tuan empunya badan terpanggil, menurutnya dakwaan lelaki ini semua hanyalah palsu-palsu belaka dan dia ada tunjukkan bukti yang text itu hanyalah rekaan semata-mata.
Tuan badan play victim?
Since dia play victim kat ig story dia and followers dia ni abg upload lgi siap dgn conv imessage , x pernah text konon , nombor tepon dia pun ade hahahahahah , mane ler ade mase aku nak hack2 dgn bz jga stall donut pic.twitter.com/d2JxcTj6Fo
— Kimi (@miechellinn) July 25, 2019
Kena Hack?
Ade update gaisss darii diaaa !!!!! pic.twitter.com/i6DflJ2IGS
— Kimi (@miechellinn) July 26, 2019
Tak cukup lagi, Yob tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa apa yang ditunjukkan itu adalah benar dan tak disunting langsung seperti mana yang didakwa oleh tuan empunya badan tu.
Dia masih lgi berdolak dalihh gaiseee , dia ingat apps2 camtu function ke kt phone pic.twitter.com/IOhMKABHMd
— Kimi (@miechellinn) July 26, 2019
Hmm, tak tahu lah nak cakap macam mana, siapa yang betul dan siapa yang salah. Ya lah, dalam sosial media ni kan macam-macam boleh buat.
Boleh jadi kalau kita nak perhatian buat macam ni, boleh jadi juga kita nak cuba nasib umpan orang tapi gagal sebab ingat diri tu hot sangat. Eh!