Hari ini, kecoh diperkatakan mengenai pendirian Syamsul Yusof yang enggan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurut Sinar Harian, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah memberitahu mahkamah bahawa pengarah filem ‘Mat Kilau’ itu pernah memukul isterinya pada tahun 2020 lalu.
Datuk Akberdin Abdul Kader juga berkata, kejadian tersebut telah memaksa Puteri Sarah untuk keluar dari rumah yang didudukinya dan hanya kembali selepas dipujuk oleh kedua-dua mentua.
“Masa itu tak buat laporan sebab sayang…”
Puteri Sarah walau bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak membuat sebarang laporan polis berkenaan kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa sayang terhadap suaminya itu, lapor Media Hiburan.
Saya tidak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.
“Masa itu tak buat laporan sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu,” katanya.
Tambah Puteri Sarah lagi, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dari perkara itu dengan membawanya keluar dari rumah.
Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya lagi.
Dituduh nusyuz, Sarah keluar dari rumah bersebab
Dalam pada itu, peguam syarie mewakili pelakon itu berkata, insiden pukul tersebut merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar rumah tanpa izin. Itu tak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, antara alasan Puteri Sarah kemukakan untuk bercerai ialah kerana sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Baca: Syamsul Yusof Tekad Tak Mahu Ceraikan Puteri Sarah