in

Syamsul Yusof Tekad Tak Mahu Ceraikan Puteri Sarah

syamsul yusof enggan ceraikan sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini, pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana telah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur secara berasingan sekitar jam 9 hingga 9.40 pagi bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.

Sarah, 38, selaku plaintif telah memfailkan permohonan berkenaan pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.


https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/227567429728933/

Menurut Sinar Harian, hasil daripada prosiding berkenaan Syamsul dilaporkan enggan menceraikan isterinya.

Peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili pengarah ini berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif.

Susulan itu, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua belah pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai tersebut.

“Saya sudah lama reda” – Sarah 

Terdahulu, Sarah ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah berkata yang dia sudah lama reda dengan apa yang berlaku, malah dia juga berasa lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.

332335087 1633728030389140 4738281171664695390 n

Saya sudah lama reda. Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya. 

“Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT. 

“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya.

Apa-apapun marilah kita mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. 

Baca: “Harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya” – Puteri Sarah

sarah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.