in

“Ya Tuhan, apa benda ni?” – Netizen Kecam ‘Founder’ Muat Naik Video Buat Perkara Tak Senonoh Kepada Adik Angkat!

Founder Cium

Di zaman media sosial ini, tak semua yang famous dan pengasas kepada sesuatu perniagaan yang terkenal patut dijadikan idola atau contoh kepada masyarakat.

Sebaiknya, kita teliti dahulu kelakuan mereka kerana bimbang ada perkara yang tak elok dilakukan mereka boleh jadi ikutan netizen yang masih muda-muda tanpa kawalan ibu bapa ini.

Sebagai contoh, semalam, video satu video di Twitter memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘founder’ kepada sebuah perniagaan dilihat berbuat perkara tidak senonoh kepada adik angkatnya.  

149079208 3784371518296902 6014138704353840413 N

Video tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen kerana perlakuannya mencium mulut seorang budak lelaki yang diperkenalkan sebagai adik angkatnya adalah sesuatu yang tidak sesuai dan juga dilihat sebagai ‘child grooming’.

Rosak

Perkara ini pada masa yang sama mendapat perhatian penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al Jengkawi yang merasakan perkara tersebut merupakan sesuatu yang aneh dan berkemungkinan budak lelaki terbabit telah diganggu secara seksual.

Sex Grooming

 

Akaun Tiktok ‘founder’ sudah dibanned TikTok 

Setelah isu tersebut viral dan mendapat kecaman hebat netizen, TikTok dengan pantas telah menyekat akaun lelaki terbabit.

Block

Akhi Fairuz menerusi perkongsiannya di Facebook pula memberitahu kemungkinan besar budak berkenaan menghidap autisme dan ‘founder’ terbabit juga ada memberi alasan yang perlakuan cium mulut tersebut merupakan suatu kebiasaan dalam keluarganya. Err.. 

Akhi

Apa-apapun Akhi Fairuz ada mengingatkan bahawa bahagian mulut, kemaluan, paha dan punggung merupakan kawasan ‘private’ bagi mana-mana individu.

Jadi harapnya, ibu bapa atau mereka yang bertanggungjawab tolonglah pantau jika ada ‘orang asing’ yang berkelakuan pelik terhadap budak atau remaja di bawah umur.

Semoga kes ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa. 

Baca: “Ye cikb 15 tahun underage” – Buat Gimik Bercinta Untuk Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Netizen Bimbang Cik B Kena ‘Child Grooming’

Cikb

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook