in

Hampir 9 Tahun Peram Lagu, Haiza Akhirnya Perkenalkan Single Baharu ‘Pencuri’

Haiza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya melancarkan single terbaharunya berjudul Pencuri hari ini selepas hampir sembilan tahun tersimpan.

Menariknya, lagu hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Aepul Roza itu sebenarnya sudah dirakam sejak 2017 selepas mereka bekerjasama menerusi program Duo Star terbitan Astro.


Bagaimanapun, perancangan untuk melancarkannya tertangguh disebabkan komitmen terhadap projek lain sebelum pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada perancangan tersebut.

Selepas menyusun semula perancangan pada 2023, Haiza akhirnya memilih 2026 sebagai waktu sesuai untuk memperkenalkan lagu berkenaan kepada pendengar.

Haiza Pencuri Cover Art

Artikel berkaitan: “Respect!” – Syarikat Rakaman ‘Cancel’ Pelancaran MV ‘Terlalu Mudah’ Sebab Hormat Hannah Delisha Dah Bertudung

Artikel berkaitan: “Teaser apa?” – Kumpulan Lagenda KRU Muat Naik Teaser Buat Peminat Tertanya-tanya

Mahu tampil dengan lagu lebih santai

Menurut Haiza, Pencuri mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menawarkan muzik lebih ringan dan santai berbanding lagu-lagu yang pernah dirakamkannya sebelum ini.

Malah, proses rakaman lagu tersebut berjalan lancar apabila berjaya disiapkan dalam tempoh kurang tiga jam.

Bagaimanapun, Haiza mengakui perlu lebih berhati-hati ketika menyanyikannya kerana sudah terbiasa dengan lagu rancak. Aepul turut menitikberatkan sebutan setiap perkataan bagi memastikan penyampaian vokalnya jelas dan tepat.

Gabungan pop elektronik dan dangdut moden

Dari segi muzik, Pencuri menggabungkan elemen pop elektronik dengan dangdut moden atau lebih dikenali sebagai hipdut.

Menurut Aepul, lagu tersebut mengisahkan seorang wanita yang jatuh cinta pandang pertama sehingga perasaannya menjadi tidak keruan apabila hatinya dicuri.

Menariknya, lagu itu dianggap sebagai eksperimen muzik yang mendahului trend ketika mula dirakamkan pada 2017 kerana genre berkenaan masih belum begitu mendapat perhatian ketika itu.

Namun, perubahan trend muzik sepanjang tempoh tersebut membuatkan karya berkenaan dirasakan lebih sesuai dengan cita rasa pendengar pada 2026.

Ropie muncul sebagai hero muzik video

Selain single baharu, muzik video Pencuri turut menampilkan pelakon Ropie sebagai hero.

Lebih menarik, muzik video itu membawa penonton kembali kepada kisah awal perkenalan mereka sebelum kejadian yang dipaparkan dalam muzik video Young & Gentleman.

Haiza menyifatkan konsep tersebut sebagai ‘Siapa Dia Sebelum Dia’, dengan Pencuri menjadi episod pertama yang menceritakan bagaimana semuanya bermula.

Untuk rekod, lagu Pencuri kini boleh distrim menerusi platform digital, manakala muzik videonya dilancarkan pada 20 November 2026, jam 3 petang menerusi YouTube Indigital Music.

Sumber: Indigital Music

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.