in

“Tengok-tengok dorang nikah dulu” – Sering Bersama Ke Majlis Keluarga, Noor Nabila Didakwa Dah Bertunang Dengan Engku Emran?

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering dilihat berbasikal dan golfing bersama, kakak Neelofa, Noor Nabila dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan Engku Emran. Biar betul?


Baru-baru ini tular gambar Engku Emran di Forum Cari di mana lelaki ini dilihat ada di rumah semasa sesi makan-makan ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

Tak cukup dengan itu, netizen turut mendakwa yang Noor Nabila telah pun mengikat tali pertunangan dengan Engku Emran!

55 Vert 1200X1083 1

“Engku Emran memang ex bini semua cantik-cantik”

Malah, netizen di Twitter juga dah mula bercakap mengenai kontroversi ini apabila melihat pasangan ini sering dilihat bersama. Tak cukup dengan itu, adik beradik Noor Nabila pula dilihat dah follow Engku Emran di Instagram.

Pun begitu, Noor Nabila mahu pun Engku Emran masih belum memberikan pengesahan mengenai spekulasi ini.

Screenshot 2021 03 04 At 12.55.16 Pm Down

Kalau korang nak tahu, Noor Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden. Pun begitu, hubungan antara mereka masih lagi rapat dan Sharnaaz sering dilihat menghabiskan masa di rumah keluarga Noor Nabila untuk bersama anaknya.

Manakala Engku Emran pula pernah bernikah dengan Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014 dan berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Chynthia Bella pada 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Kalau betul dorang bersama, apa salahnya pun? Dua-dua sama cantik dan padan.

 

Baca: Engku Emran ‘Unfollow’ Laudya Cynthia Bella Di IG Undang Spekulasi Rumah Tangga Retak?

Screenshot 2021 03 04 At 12.59.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.