in

“Whatsapp 9pm kot” – Viralkan Mesej Calon, Netizen Label Majikan Ini Macam Orang Tak Ada ‘Common Sense’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam proses recruitment pekerja, pasti setiap syarikat akan ada garis panduan sendiri. Secara umumnya, setiap calon jika dipilih untuk sesi temuduga pasti akan diberikan masa dan tarikh tertentu yang telah ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.


Ada sesetengah syarikat akan melakukan beberapa fasa temuduga, jika calon terpilih pasti akan dipanggil untuk sesi temuduga kedua.

Sudah semestinya ia satu berita gembira buat diri calon, tapi lain pula dalam hal ni, berita gembira itu boleh dikatakan satu masalah bagi dirinya kerana…

 

“Perlu ke ambil orang mcm ni untuk kerja? Tell me guys”

Daripada perkongsian seorang majikan di Twitter, dia mempelawa seorang calon ini untuk menjalani sesi interview kedua. Tapi nampaknya calon ini kurang senang dengan tawaran tersebut.

Ini kerana calon ini diganggu pada waktu malam, dan majikan tetapkan interview pada waktu pagi esoknya.

Sudah semestinya ia satu bebanan kerana calon tersebut sudah menghadiri interview di tempat yang sama sebelum ini.

Selalu kita dengar calon-calon yang nak cari kerja ni tak professional, tapi ada je majikan yang sikapnya jauh lebih amatur daripada graduan muda..

 

Siapa sahaja lah yang tak marah bila diganggu diluar waktu kerja,pukul 9 malam pula tu memang lah calon tu memerlukan pekerjaan tapi tak semestinya majikan sewenang-wenangnya boleh mesej orang ikut sesuka hati.

Bila ditegur boleh pula majikan nak melenting, siap viral kan lagi mesej calon tu. Tapi makan diri balik.

 

 

Mana perginya etika – Netizen

 

Nak condemn orang tapi diri sendiri yang kena

 

Baca : Digelar Trendsetter Dalam LinkedIn, Lelaki Guna Teknik Power Untuk Cari Kerja Hingga Dapat 15K Likes & Feedback Dari Bos Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.