in

“We support you bang irwan” – Dukung Anak Irwansyah, Netizen Minta Jadikan Laudya Cynthia Bella Isteri Ke-2

Laudya Cynthia Bella Irwansyah Isteri Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah bercerai dengan Engku Emran dan pulang ke Indonesia, sudah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai pelakon cantik manis yang popular dengan filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella.


Pun begitu, foto terbaru Laudya dilihat sedang mendukung bayi kecil Irwansyah dan Zaskia Sungkar yang dimuatnaik pelakon lelaki itu baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Ada yang nemplok (jatuh hati),” tulis Irwansyah bersama beberapa emoji ciuman.

 

“Yes 2nd wife… we support you bang Irwan” 

Foto Laudya itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-ratanya memuji kecantikan pelakon tersebut.

Namun ada juga komen yang tak sedap dibaca apabila peminat meminta Irwansyah untuk menjadikan Laudya sebagai isteri keduanya.

Isteri Kedua 1

 

“Kelewatan batas sih ini, ga jaga perasaan kia (Zaskia)” 

Dalam pada itu, kebanyakan netizen wanita mengkritik tindakan Irwansyah memuat naik gambar Laudya di Instagram dan beranggapan perkara tersebut tidak manis dilihat serta bakal mengecilkan hati isterinya.

Muat Naik Gambar Laudya 1

Apa-apapun sehingga kini gambar Laudya masih tidak dipadam Irwansyah dan mereka serta isteri pelakon lelaki itu, Zaskia Sungkar merupakan sahabat baik dan sering kelihatan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

Laudya yang sah bercerai dengan Engku Emran pada Julai tahun lalu masih lagi bujang dan belum menemui pengganti sehingga kini.

Baca: “Ya ampun dari Erra ke Bella” – Gosip Cinta Nabila & Engku Emran Kini Sudah Jadi Sebutan Di Negara Seberang?

Emran

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.