in

Wanita Terkejut Kena ‘Kick’ Dari Grup WhatsApp & Diberhentikan Kerja Serta-merta Hanya Sebab…

Page Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan sejak negara kita dilanda pandemik, ramai yang terpaksa mencari pekerjaan baru selepas hilang punca pendapatan. Tambah pula sekarang memang susah nak dapat tempat yang boleh secure!


Sebab tu, bila dapat peluang orang terus grab je lagi-lagi yang masih mencari kerja. Tapi satu perkongsian video TikTok milik @notscha_ ini telah mengejutkan ramai orang. Uish, kenapa pulak ni?

@notscha_

dibuang secara mengejut , allah nak bagi rezeki lebih baik 🙂 #fyp #fypシ

♬ only love can hurt like this – favsoundds

Dari video yang dimuat naik itu, difahamkan wanita ini diberhentikan kerja serta-merta tanpa diberitahu malah status pekerjaannya itu hanya diketahui selepas majikannya terus ‘remove’ dirinya dari group WhatsApp pejabat.

“Esok takyah datang kerja, gaji tunggu 5hb ni…”

Namun, apabila ditanya apakah punca dirinya diberhentikan segera tanpa sebarang notis atau pemberitahuan, ini jawab majikannya….

“Sebab kerajaan hantar surat kata kena bayar gaji 1,500… So i terpaksalah buat keputusan ni… Sorry.” – Majikan

Perkara ini telah mengejutkan pengguna TikTok yang lain malah ada yang memberi komen untuk wanita ini segera melaporkan kejadian yang terjadi kepada pihak yang bertanggungjawab kerana tidak mengikut prosedur yang betul.

Tiktok Full 9

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa setiap pekerja di Malaysia dapat menikmati penetapan kadar gaji minimum, RM 1,500 sebulan bermula pada 1 Mei 2022.

Kesiannya akak ni… Semoga dapat kerja yang lebih baik lepas ni ya! Jangan patah semangat okay?

Baca: “Dibuang kerja akibat pandemik” – Kisah Khaby Lame, Dari Orang Susah Kini Raih RM 5 Juta Di TikTok

Untitled 3 14

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.