Memang seronok berjalan di tengah bandar Kuala Lumpur, tambahan pula kalau singgah di Pasar Seni iaitu tempat di mana banyak cenderamata menarik, pakaian dan bunga dijual dengan harga yang murah belaka.
Namun walau di mana korang pergi, pastikan korang alert dengan keadaan sekeliling kerana bahaya boleh berlaku di mana-mana.
Terkejut tengok pakcik kena pukul depan mata
Terbaru, seorang wanita berkongsi pengalaman ngerinya di X apabila berhadapan dengan seorang lelaki yang bertindak ganas dengan menendang dan memukul orang sekeliling sehingga cedera parah di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Berhutang Sampai RM 87K, Wanita Tumbuk & Pukul Bekas Suami Guna Pengikis Simen
Menurutnya, kejadian ini terjadi ketika dia bersama keluarga berhenti di sebuah kedai bunga di kawasan itu dan ketika menunggu suaminya, dia terlihat seorang wanita telah ditendang oleh seorang lelaki dengan kuat secara tiba-tiba.
Meskipun mujur dia dan anak-anak tidak menjadi mangsa, individu berkenaan dilihat telah bertindak secara rambang dengan memukul seorang pakcik gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan.
Individu itu dikatakan telah memijak dan menyepak pakcik berkenaan berkali-kali sehingga kepalanya berdarah teruk.
Aku dah cuak takut dia dtg attack aku dgn anak2 plak tp alhamdulillah Allah nk lindung dia lalu je sebelah aku then terus ke arah uncle yg tgh tido tu and ni plg sadiss sbb dia terus attack like randomly pijak berkali2 and sepak terajang uncle tu 😭
— Bihaaa (@bihanuha) September 9, 2023
Aku cepat-cepat pergi kat uncle tu and terkejut tengok darah dari kepala dia banyak gila macam darah dari otak berketul tu. Uncle tu tak sedar diri dah bila panggil-panggil tak respond,” katanya.
Artikel berkaitan: Hati-hati Bawa Anak Ke River of Life, Katanya Dah Banyak Budak Terjatuh Dalam Lubang Tepi Sungai?
“Uncle tu tak kacau orang pun”
Menurut @/bihanuha, dia yang panik melihat kejadian itu berlaku telah memanggil suaminya dan mereka kemudian menghubungi pihak ambulans.
Org start tanya2 apa jadi aku duk bising tlg call ambulance call emergency tp sadisnya semua buat taktahu ya hanya tgk2. Aku cpt2 suruh laki aku call sambil kejut uncle tu. Dia pengsan kejap then tak lama tu dia sedar balik. Nampak mengalir air mata dia 😭
— Bihaaa (@bihanuha) September 9, 2023
Dia juga meluahkan rasa kecewanya dengan orang sekeliling yang tidak berbuat apa-apa dan hanya melihat tanpa memberi sebarang bantuan.
Common sense sgt kurang ya. Oh ya ada juga beberapa org yg lalu and bgtau laki takde otak tu lps dia terajang uncle tu kt dpn sana pn dia terajang org tgh makan eh. Habis bersepai makanan. So korang hati2 lah kalau jalan2 area sana. Please be alert dgn keadaan sekeliling
— Bihaaa (@bihanuha) September 9, 2023
Dia juga pada masa yang sama meminta orang ramai berhati-hati dengan orang sekeliling yang pada asalnya mungkin nampak ‘normal’ tapi sebenarnya…
Ada manusia yang mungkin nampak normal dari segi jalan dan pemakaian tapi tiba-tiba attack korang dari belakang tanpa sedar. Like randomly sapa yang dia nampak dia akan attack.
Mujur tak bawa senjata yang bahaya. Aku bersyukur sangat sebab dia tak attack aku dengan anak-anak kat stroller,” katanya lagi.
Korangg thank you so much yg mendoakan uncle tu and my family. If i got time today i will check on that uncle kt Emergency HKL if he’s still there. Apa-apa saya update balik okayyy
— Bihaaa (@bihanuha) September 11, 2023
Katanya lagi, pakcik berkenaan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dia juga akan pergi melawatnya jika berkesempatan.
Dalam pada itu, suspek difahamkan sudah ditahan pihak polis dan dia juga bakal memberikan keterangan lanjut berhubung perkara itu kepada pihak berkuasa.
Semoga mangsa tak apa-apa dan pulih seperti sediakala, sama-sama kita doakan.
Sumber: X (Twitter)