in

Hati-hati Bawa Anak Ke River of Life, Katanya Dah Banyak Budak Terjatuh Dalam Lubang Tepi Sungai?

Budak Terjatuh Dalam River Of Life

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau berkunjung ke Kuala Lumpur, antara tempat tarikan pelancong dan agak ikonik bagi ibu negara ini pastinya River of Life yang terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.


Kalau berjalan malam-malam, mesti best tengok lampu yang bergemerlapan di sungai tersebut.

07Riveoflifest Nstfield Image Socialmedia.var 1570421717

 

Hati-hati bawa anak ke River of Life sebab… 

Pun begitu, kalau korang ke sana bersama anak-anak yang masih kecil, tolonglah berhati-hati kerana baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan kanak-kanak terjatuh ke dalam lubang di tepi sungai berkenaan.

Menerusi perkongsian video yang viral di Twitter, seorang wanita telah merakam insiden yang berlaku kepada anak saudaranya ketika bersiar-siar di River of Life.

Sedang anak saudaranya seronok berjalan, tiba-tiba budak tersebut dilihat terjatuh ke dalam lubang besar antara tebing dan pagar penghadang di tepi sungai tersebut. Aduhai! 

Pun begitu, mujurlah budak di dalam video itu baik-baik sahaja selepas diselamatkan oleh ayahnya yang terjun ke bawah.

Bayangkan kalau time tu air deras atau sedut terus anak buah i ke sungai. 

“Alhamdulillah Iqbal selamat, abah dia terus terjun tangkap. Abah dia pun cakap kalau anak dia terjatuh ke sungai, dia nekad terjun je.” 

 

“Kenapa buat design macam tu?” 

Perkongsian tweet itu juga mendakwa ramai di kalangan kanak-kanak sudah menjadi mangsa kepada lubang berkenaan.

Rata-rata netizen berpendapat pihak berwajib dan DBKL perlu mengambil tindakan serius akan kejadian tersebut supaya ia tidak berulang lagi kerana bimbang kanak-kanak lain pula menjadi mangsa.

Lubang Jatuh Komen

Harap pihak berkuasa boleh buat sesuatulah untuk menghalang perkara yang sama berulang. Ibu bapa yang bawa anak-anak ke sana pun kenalah berhati-hati. 

Baca: Bahaya Sengkenit ‘Bergayut’ di Kelopak Mata, Mujur Teknik Pantas Ibu Ni Berjaya Selamatkan Anak!

Sengkenit

Sumber: NST
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.