in

Wanita Guna Cara Paling Ekstrem Kutip Hutang, Keluarga Sampai Terkejut Terima Buku Yassin Gambar Penghutang

Gak Bayar Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cakap pasal bab hutang ini, siapa saja yang tak geram dan sakit hati, kan?


Masa perlukan wang, bukan main baik lagi si penghutang itu dengan kita. Tapi masa nak kutip wang, macam-macam lah alasan yang mereka bagi sampai nombor kita pun kena block!

Namun seorang wanita dari Indonesia ini nampaknya ada cara paling bagus untuk kutip wang daripada penghutangnya.

Menurut Wolipop, wanita ini telah menggunakan cara paling ekstrem iaitu dengan menghantar buku Yassin & Tahlil kepada keluarga penghutang dengan gambar si penghutang tersebut tertera di kulit hadapan buku! Wow! 

Kisah Wanita Yang Kabur Saat Ditagih Hutang 2 34

Kisah pengutip hutang ini juga telah dimuat naik di group Facebook Indonesia, ‘SGD – Pencarian Orang Lupa Gak Bayar Hutang’, yang mana wanita bernama Jeanis Dealova memberitahu yang penghutang berkenaan sudah melarikan diri dan tidak membayar hutangnya.

Malah yang buat dia lagi geram ialah sikap si penghutang telah block dirinya di semua platform media sosial.

Jeanis kini menuntut wang sejumlah Rp.100 juta bersamaan RM28,000 yang dipinjam penghutang itu. Malah dia juga siap menulis “Mengingati kematian Allahyarham (nama si penghutang)” di bahagian depan buku tersebut.

Cerita Penghutang Yang Pura Pura 20210324013047

Ketika ditemubual Wolipop, Jeanis memberitahu yang dia tak kisah kalau penghutang tersebut mahu membayar sedikit demi sedikit, namun janganlah sampai menyekatnya terus dari semua laman sosial.

Sebenarnya, jika dia ingin membayar secara ansuran, itu disebut sebagai bertanggungjawab. Tetapi dia malah menyekat semua akaun media sosial saya dan kawan-kawan yang lain. Jumlah hutang adalah Rp. 100 juta,” katanya.

Oleh sebab kesal dengan tindakan penghutang, dia memesan buku tersebut dan menganggap si penghutang sudah ‘meninggal dunia’. Fuh marah betul dia kan! 

“Ya, itu gambar (penghutang) yang berhutang dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Saya memesan buku Yasin. Kemudian saya kirimkan kepada keluarganya,” jelasnya lagi.

Bernas juga idea dia ni. Itulah siapa suruh tak bayar hutang kan?

Baca: Wanita Bunuh Jiran Sebab Terdesak Nak Guna Wang, Untuk Lunaskan Hutang

Bunuh 3

Sumber: Wolipop
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.