in

Wanita Bunuh Jiran Sebab Terdesak Nak Guna Wang, Untuk Lunaskan Hutang

Subang

Seorang wanita berumur 39 tahun tekad membunuh jirannya gara-gara terdesak nak guna wang bagi melangsaikan hutangnya. Suspek yang merupakan warga Indonesia itu dikatakan terdesak memerlukan RM 5,000.

Menerusi Harian Metro, suspek tergamak menghentak rakan senegaranya hingga mati di Pangsapuri Angsana USJ 8 pada petang Isnin lalu.

 

Terdesak nak RM 5,000 daripada pihak ‘ketiga’

Kira-kira pukul 4 petang, suspek ada hubungui mangsa untuk minta tolong angkat anaknya sebab tangan cedera.

Suspek dikatakan berjiran dengan mangsa yang juga pembuat kuih seperti suspek dan mereka mengenali antara satu sama lain.

158661341 1839122936265408 7326786019463578763 N

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa pada 12 tengah malam kelmarin.

“Pada 6 petang semalam, suspek mengaku membunuh mangsa sebelum menunjukkan lokasi mayat mangsa disembunyikan di bawah katil di rumahnya pada 8 malam tadi.

158736024 1839122972932071 7864076545600851314 N

“Siasatan mendapati mangsa dihentak menggunakan tangan hingga terjatuh dan suspek terus menghentaknya dan ketika kejadian, dua anak suspek yang masih kecil berada di rumah.”

159047180 1839122909598744 2044495044796501951 N

Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang kepada pihak ketiga berjumlah RM5,000.

Tambah beliau, semasa mayat mangsa berusia 54 tahun ditemui, mangsa dibalut dengan selimut dan terdapat pendarahan di bahagian kepala.

“Suspek ditangkap dan polis turut menahan suami kepada suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai kru produksi untuk membantu siasatan.

“Kita sedang menyiasat sama ada suami suspek terbabit dan akan menyiasat perkara itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek akan direman.

 

Baca : “Dasar hati kering” – Akibat Gemar Tonton Filem Seram, Remaja 15 Tahun Puas Hati Dapat Bunuh Jiran

Bunuh 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook