in

Wanita Dihukum Penjara Lepas Cuba Upah Pembunuh Upahan ‘Online’, Ingatkan ‘Website’ Sah Sebab Ada ‘Akta’

Website Pembunuh Upahan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, kita boleh jumpa macam-macam benda baik yang elok ataupun sebaliknya melalui internet. Kalau korang nak tahu, sijil ijazah fake pun korang boleh order tau secara online kalau korang tahu mana saluran ‘betul’.


Bercakap mengenai pembelian online, min nak kongsikan kisah seorang wanita di Amerika Syarikat ni yang menerima padah selepas cuba untuk mengupah pembunuh upahan secara online bagi menamatkan riwayat bekas suaminya. Hitman pun boleh order online? Biar betul?

Website Pembunuh Upahan E1637990163922

Oddity Central melaporkan, Wendy Wein, 52, yang berasal dari Michigan telah terjumpa sebuah laman web yang menawarkan khidmat pembunuh upahan. Bagi sesetengah orang, website macam ni sudah tentu akan buat ramai meragui kesahihannya. Yelah kan, takkan boleh macam tu je advertise boleh upah bunuh orang. 

Pun begitu, Wein dikatakan memilih untuk menggunakan khidmat pembunuh upahan terbabit selepas terpedaya dengan janji-janji laman web ini dan sudah membaca banyak rating bagus yang dikatakan diberikan bekas pelanggan. Tapi, apa yang Wein tak tau, website ini sebenarnya adalah palsu dan diawasi seorang lelaki di California Utara yang akan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya dia terjumpa mana-mana individu yang mempunyai niat untuk membunuh.

Website Pembunuh Upahan 1 E1637991088199

RentAHitman.com dihasilkan oleh Bob Innes, 54, pada tahun 2005. Untuk pengetahuan, laman web ini sebenarnya bukanlah untuk menangkap penjenayah atau individu yang merancang jenayah, tapi ia sebenarnya adalah projek keselamatan internet yang gagal. Innes sebenarnya dah lupakan pun website tu tapi dia terkejut bila tiga tahun lepas tu, dia terima hampir 200 hingga 300 emel menerusi website itu.

“Banyak soalan yang saya terima antaranya ada yang bertanya berapakah caj perkhidmatan saya dan jika saya menawarkan servis ini di sesetengah kawasan ataupun di sesetengah negara. Tapi, saya tak pernah balas dan tak cuba untuk tutup website itu,” kata Innes.

Mula rasa ada yang serius nak bunuh orang lepas dapat satu emel pada 2010

Gettyimages 985091648 1 E1637991198990
Gambar hiasan

Pun begitu, segalanya berubah pada tahun 2010 selepas Innes menerima satu emel menerusi laman web terbabit daripada seorang wanita Inggeris yang mendakwa dirinya ditipu supaya tidak mendapat apa-apa harta warisan. Tulis wanita berkenaan dalam emelnya, dia mahu menggunakan khidmat Innes untuk membunuh beberapa orang.

“Dia kata isunya urgent dan dia tak ada masalah untuk bagi nama semua target yang perlu dihapuskan. Lepas disiasat, rupanya nama-nama target tu semuanya saudara-mara dia,” kata Innes.

Jelas Innes, dia ada cuba untuk memujuk wanita berkenaan supaya menukar fikiran namun dia tiada pilihan lain selain melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa selepas wanita terbabit berkeras mahu mengupah pembunuh upahan menerusi website milik Innes.

Behind Back Woman Holding Both Hands Handcuffed Fist Handcuffs 198205556 E1637991327820
Gambar hiasan

Selepas kejadian itu dilaporkan ke pihak berkuasa, wanita terbabit difahamkan dihukum penjara empat bulan kerana merancang pembunuhan.

“Dunia ni memang gila dan internet memang terkenal sebagai tempat yang bahaya kerana macam-macam boleh ditemui di sini,” kata Innes lagi.

Ramai yang percaya sebab ada ‘testimoni’ dan ‘akta’

Sepuluh tahun selepas laman web RentAHitman.com berjaya menipu pelanggannya yang pertama, ramai lagi individu yang turut dihumban ke penjara kerana menghubungi website berkenaan dan berkeras mahu mengupah pembunuh upahan.

Laman web RentAHitman.com menjanjikan kerahsiaan dan dengan bangga mengatakan ‘bisnes’ mereka itu mengikut akta Hitman Information Privacy & Protection Act of 1964 (HIPPA) yang sebenarnya tak wujud.

Selain itu, RentAHitman.com juga ada memaparkan beberapa ‘testimoni’ daripada ‘bekas pelanggan’ yang berpuas hati dengan servis. Rata-rata ‘testimoni’ adalah daripada wanita yang mahu pasangan mereka mati selepas kantoi curang.

Memetik laporan media tempatan Wendy Wein pada mulanya sudah sangsi kerana dia merasakan ia sangat senang untuk menemui laman web yang menawarkan khidmat pembunuh upahan. Pun begitu, dia tetap meneruskan niatnya mahu mengupah orang untuk membunuh bekas suaminya.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Sebab berhutang” – Isteri Tergamak Bayar 4 Pembunuh Upahan, Habiskan Nyawa Suami & Anak Tiri

Kereta Hangus E1637987913482

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.