in

“Sebab berhutang” – Isteri Tergamak Bayar 4 Pembunuh Upahan, Habiskan Nyawa Suami & Anak Tiri

Kereta Hangus E1637987913482

Dua mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta dekat Kampung Bondol, Desa Pondokkaso, Kecamatan Cidahu, Kabupaten Sukabumi pada 25 Ogos mengejutkan warga penduduk, lapor Sosok.

Mangsa dikenal pasti sebagai Edi Chandra Purnama @ Pupung Sadili, 54, dan anaknya M Adi Pradana @ Dana, 23. Selepas siasatan dijalankan, polis mendapati kedua-dua mangsa telah mati beberapa hari sebelum dibakar di dalam kereta itu.

Bakar2 1

Bakar1
sumber: tribun

Ketika kejadian, seorang warga kampung telah mendengar bunyi letupan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum ke lokasi kereta itu terbakar. Tidak lama selepas itu, warga kampung bersama-sama cuba untuk memadamkan api sementara menunggu polis tiba namun gagal.

Dua mayat itu dijumpai di bahagian belakang kereta itu dan tersangkut di antara besi-besi yang telah hangus.

(Jenazah) Udah abis, ada bagian kakinya udah abis tinggal tulang. Jenazah yang sebelah kiri kepalanya ke belakang tiduran, yang satu pagi duduk.”

Bakar5 1
sumber: cek update
Bakar6
sumber: citra

Tidak sampai 24 jam selepas kejadian, polis berjaya membongkar bahawa isteri Edi adalah dalang di sebalik kematian dua mangsa. AK merupakan isteri kepada Edi dan juga ibu tiri Dana berusia 35 tahun.

AK telah ditahan pihak polis dan mengaku membayar 4 pembunuh upahan untuk menghabiskan nyawa suami dan anak tirinya. Malah, salah seorang pembunuh yang diupahnya turut ditahan manakala 3 lagi masih dalam buruan.

Bakar3 1
sumber: tribun

Ketika disoal siasat, AK memberitahu motif di sebalik pembunuhan yang dirancang itu adalah kerana masalah rumah tangga dan berhutang. Namun maklumat tentang hutang itu tidak dinyatakan dengan lebih lanjut.

AK kini berada di bawah tahanan pihak polis bersama seorang pembunuh upahan dan mereka kini sedang memburu 3 lagi pembunuh yang telah diupah.

Baca: “Apesal sangap sangat”-Lelaki Tergamak Hentak Isteri Dengan Batu Sampai Mati Dan Bakar Anak Lepas Ditolak Ajakan Buat Seks

Featured 14