in

Wanita Berpantang Ditendang di Perut Gara-Gara Tegur Sekumpulan Remaja Buat Bising

Tendang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Berpantang Ditendang di Perut Gara-Gara Tegur Sekumpulan Remaja Buat Bising
Loading
/

Sikap remaja zaman kini makin menjadi-jadi. Pantang ditegur, cepat saja mereka nak naik angin!


Gara-gara menegur sekumpulan remaja membuat bising, tak pasal-pasal seorang wanita yang masih berpantang mengalami pendarahan yang serius akibat ditendang seorang remaja perempuan, lapor Malaysian Digest.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, mangsa, Norashikin Athida yang berada di dalam rumah telah menegur 12 orang remaja lelaki dan perempuan yang berkumpulan di hadapan lif dekat dengan rumah mangsa.

Capture 20170724 185920
sumber: facebook

Kumpulan tersebut dikatakan membuat bising sehingga bayi mangsa terganggu akibat bunyi dilakukan mereka.

Melalui perkongsian pengguna Facebook, Encik Dep, video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa dilihat keluar dari rumahnya dalam keadaan marah mungkin kerana diprovokasi seorang remaja perempuan, sebelum dia ditendang di bahagian perut selepas cuba menghampiri remaja tersebut.

Akibat daripada tindakan itu, mangsa dilihat menahan kesakitan sambil memegang perut dan kumpulan remaja tadi cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam lif. Pun begitu, mangsa sempat menahan pintu lif yang menyebabkan kumpulan remaja tersebut keluar dan menggunakan tangga.

Susulan dari kejadian berkenaan, suami mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara.

20245649 1401302923293450 6278332943063137786 N
sumber: facebook
20245692 1401276023296140 2027022209229436205 N
sumber: facebook

Menurut laporan Sinar Harian, suami mangsa mendakwa telah menemui isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditendang suspek. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Assunta, Petaling Jaya untuk rawatan lanjut.

Manakala setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada suspek telah berjaya diberkas ataupun tidak.

Moral di kalangan remaja sekarang makin memudar. Apa nak jadi? 

Baca: Wanita Berpantang Dilanggar Kereta Akibat Tegur Lelaki Buat Bising di Hadapan Rumah 

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.