in

“Walaupun 5 liter” – Arab Saudi Tak Benarkan Air Zam-Zam Dibawa Balik Ke Malaysia?

Tak Benar Air Zam Zam Dibawa Balik Msia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kebiasaannya, mereka yang berpeluang mengerjakan haji atau umrah di Tanah Suci Mekah pasti akan membawa pulang air zam zam buat teman atau ahli keluarga yang berada di tanah air.


Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kerajaan Arab Saudi katanya sudah tidak membenarkan kemasukan air zam zam ke negara lain dalam kuantiti yang banyak.

Paling maksimum pun hanya 5 liter saja yang diberikan kepada jemaah secara percuma.

 

Air zam zam dah tak dibenarkan bawa balik ke Malaysia?

Pun begitu, menerusi info terkini dari pemilik TikTok @masjidbesi, difahamkan kini air zam zam tidak benarkan untuk dibawa pulang ke tanah air jika mereka terbang dari lapangan terbang di Jeddah.

Kepada para mutawif, nak beritahu untuk lapangan terbang baharu, air zam zam tak dibenarkan bawa balik. 

“Maksudnya, jemaah tak dibenarkan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan. 

“Tadi nak bawa masuk tetapi tidak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya mungkin ini peraturan baru kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. 

“Jadi nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli zam zam,” jelasnya di dalam video.

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi – Masjid Besi

 

“Air zam zam bukan untuk dijual” 

Menjengah ke ruang komen, ramai yang agak kecewa mengapa air zam zam dilarang daripada bawa pulang ke tanah air.

Malah ramai juga yang mengandaikan perkara ini berlaku kerana ada di kalangan jemaah yang menjual air tersebut kepada orang ramai walaupun ia tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

Jangan Kedekut Air Zam Zam

Apa-apapun harap janganlah korang bersedih sebab admin yakin pasti pihak Arab Saudi ada alasan kukuh di sebalik larangan ini. Harap ia tidaklah berpanjangan. 

Baca: Kerajaan Arab Saudi Benarkan Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Mulai Esok

Arab Saudi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.