in

[Video] Viral Pemandu Kereta ‘Naik Hantu’ Langgar Penunggang Motosikal Di Kedai Makan, Apa Kes Ni?

Kereta Moto

Semalam, viral di media sosial beberapa buah video yang menunjukkan sebuah kereta yang mana pemandunya bertindak gila dengan hampir melanggar seorang lelaki dan motosikalnya berdekatan sebuah kedai makan.

Menerusi video yang dimuat naik Twitter Jabatan Netizen Malaysia, pemandu terbabit juga kelihatan tidak mengendahkan pemilik motosikal terbabit dan terus menyeret motosikal jenis Yamaha Ego itu.

Pemilik motosikal itu pula dilihat sedang sedaya upaya cuba menarik motosikalnya dari bawah kereta tersebut yang ingin bergerak ke hadapan. Nah korang tengoklah, dramatik betul! 

 

Pemandu kereta sudah ditangkap? 

Menerusi info netizen, pemandu kereta tersebut akhirnya ditangkap polis atas alasan mahu melindungi suspek daripada diganggu mangsa yang marah atas kejadian yang berlaku.

Malah ada juga video yang menunjukkan beberapa orang lelaki yang didakwa mangsa kejadian datang ke rumah suspek dalam keadaan marah. Uish! 

 

Punca kejadian disebabkan insiden himpit menghimpit – Netizen 

Meskipun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut, tweet berkenaan menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada pemandu kereta yang dikatakan telah menghimpit penunggang motosikal Ego tersebut.

Geram dengan tindakan pemandu terbabit yang membahayakan dirinya dan anak yang membonceng motosikal tersebut, mangsa kemudian telah menengking suspek. Menambahkan kemarahan mangsa, suspek kemudian membalas, ‘Kejarlah kalau berani’.

Penunggang motosikal kemudian meletakkan anaknya dulu di sebuah kedai dan kembali mengejar pemandu tersebut. Kejadian kemudian berakhir seperti yang korang tengok di video di atas.

Netizen

Sehingga setakat ini masih tidak diketahui di mana dan bila kejadian tersebut berlaku. Video yang viral di Twitter ini telah mendapat hampir 3,000 retweet dengan rata-rata netizen terkejut serta keliru dengan apa yang berlaku di antara kedua-dua pemandu kenderaan tersebut.

Uish takut betul tengok cara pemandu tu bawak kereta. Marah betul tu… 

Baca: “Selalu kiri kanan atas bawah semua jam” – [VIDEO] Kemalangan Kereta Dengan Ambulans di Kuching, Netizen Terkejut Tiada Siapa Peduli

Langgar

Sumber: Twitter