in

Video Tragis Anak Hanyut Dalam Banjir Deras Terlepas Dari Dakapan Bapa Di Iran

Banjiriran6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahuakbar rasa sedih pula bila melihat bencana alam yang melanda di bandar Tehran, Iran ni. Kejadian banjir kilat yang telah meragut sekurang-kurangnya 23 orang dan lebih daripada 200 orang cedera ini berlaku pada dua hari lepas.


Lapor AlJazeera semalam,  hujan lebat selama 15 minit itu telah mengakibatkan air banjir semakin deras di bandar Shiraz (tempat paling teruk terjejas).

Banyak kenderaan hanyut di bawa air, lebih menyayat hati lagi pemandu-pemandu yang terperangkap di tengah jalan terpaksa berdiri diatas kereta, peluk tiang semasa air banjir tengah deras.

Anak hanyut dibawa air 

Lebih tragis lagi, ketika bapa bersama dua orang anaknya sedang menahan diri sewaktu banjir sedang deras, kedua-kedua anaknya tiba-tiba hanyut.

Video tragis yang dikongsikan oleh wartawan tempatan negara tersebut telah maraih lebih daripada 5,000 retweets sejak ia dimuatnaik 25 Mac lepas. Ia mengundang rasa sedih netizen melihat kejadian itu.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri menasihatkan agar sebarang perjalanan dan aktiviti yang melibatkan kawasan ini harus dibatalkan. Tambah sumber lagi, sekurang-kurangnya 22 laluan disekat.

Banjiriran
Sumber : twitter

Takziah kepada keluarga mangsa korban, dan kita disini sama-samalah mendoakan agar penduduk ini selamat.

 

Baca : Dakapan terakhir sebelum pergi”- Nenek Paut Batang Pokok Selamatkan Cucu Dalam Banjir Paras Bumbung, Namun Sehari Lepas Tu Dia Pergi Buat Selamanya.

Banjiriran4

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.