in

“Tak pernah minta apa-apa dekat ayah” – [VIDEO] Gadis Menangis Dapat Hadiah Birthday Gelang Emas Dalam Kotak Facemask

Fi Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu bapa tu, mesti nak bagi yang terbaik dan mahu menggembirakan hati anak-anak mereka. Walau macam mana sekalipun, mereka akan tetap mencari jalan untuk tunaikan hajat anak-anak.


Seperti kisah yang min nak kongsikan ni, menunjukkan kasih seorang ayah itu kepada anak perempuannya.

Korang boleh ready tisu siap-siap ye.

 

Ayah balut sendiri hadiah

Oleh sebab nak gembirakan hati anak perempuannya, seorang ayah ni sanggup tak tidur nak balut beberapa kotak hadiah pada pukul 1 pagi sempena hari jadi anaknya.

Momen ini telah tular di media sosial melalui akaun TikTok @arifahrahim. Apa yang menariknya, ayahnya telah membalut hadiah-hadiah tersebut menggunakan kotak yang di recycle.

Memang kreatif betul.

@repmel00

20/3; Sorry for the muka bangun tido and this is part 1 ? #fyp #family #birthday #emotional #sad

♬ original sound – ? ?????? ʚĭɞ ༉‧₊˚ – エリン ??

 

Dapat gelang emas

Namun, apa yang membuatkan gadis ini terharu adalah apabila dia mendapat hadiah gelang emas di dalam kotak facemask yang dibalut ayahnya.

Gadis itu terkejut dan terus menangis sebab tak sangka ayahnya sanggup menghadiahkan seutas gelang emas. Dia juga pernah berseloroh untuk memakai emas, dan sekarang ia menjadi nyata.

@repmel00

Reply to @aireenysa ni part 2 gais jangan expect anything tau just nak share je?#fyp #family #birthday #sad

♬ original sound – arifahrahim – arifahrahim

Selepas melihat anaknya begitu terharu, si ayah turut tak dapat menahan air mata dan terus memeluk erat anaknya sambil ulang-ulang berkata anaknya sudah besar.

 

Ramai yang menangis

Kesan dari perkongsian gadis ini, rata-rata warganet  turut merasa sebak dan menangis. Ramai yang terharu selepas melihat rapatnya hubungan anak dan ayah ini.

 

Reak Anak 2 Edit

Reak Anak 1 Edit

Reak Anak 3 Edit

Reak Anak 4 Edit

 

Min tak tau siapa tengah potong bawang . Kita sama-sama hargai ibu bapa kita dan jangan lupa doakan untuk mereka okay.

 

Baca : Papa makan nasi tak ada lauk?; Netizen Sebak Lihat Video Anak Beranak Hidup Susah di TikTok, Rancang Ingin Beri Bantuan

Foot Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.