in

[VIDEO] Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Perlu Bayar Pampasan Pada BAM

Page Zii Jia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dunia sukan negara kita dikejutkan dengan berita pengunduran diri dari pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), nampaknya sehingga ke hari ini isu tersebut menjadi bualan orang ramai.


Malah, tindakannya itu menyebabkan BAM terpaksa mengenakan bayaran pampasan yang perlu dibuat oleh pemain yang kini berada di kedudukan nombor 7 dunia supaya pemain lain tidak mengikuti tindakan Lee Zii Jia

Perkara ini sekaligus menarik perhatian bekas pemain badminton nombor 1 dunia iaitu Roslin Hashim. Ini kerana beliau menjangkakan tindakan dari BAM itu tidak akan dikenakan kepada Lee Zii Jia. Penjelasan dari Roslin boleh dilihat menerusi video TikTok di bawah ini.

@kobeh988

#leeziijia #lzj #roslinhashim #badminton #malaysia #fyp #foryourpage #foryoupage #tiktokmalaysia #BAM #fypシ #viral #esekeli #xyzbca

♬ original sound – party party yeah – party party yeah

 

“Saya rasa Zii Jia tidak perlu membayar pampasan kepada BAM kerana pemain lain seperti Goh Jin Wei juga sebelum ini keluar dari persatuan tanpa membayar sesen”

Menurut Utusan, Roslin memberitahu bahawa dia tidak dapat menyangkal bahawa pengunduran Lee Zii Jia itu menjadi satu tamparan yang hebat buat BAM kerana ia melibatkan pemain utama dalam persatuan mereka.

Kenyataan dari Roslin itu mendapat sokongan dari netizen yang rata-rata turut meluahkan tindakan yang dikenakan kepada Lee Zii Jia itu tidak adil dan perlu diselesaikan secara baik bagi kesenangan kedua-dua pihak.

Tiktok Full 6

Ujarnya lagi, Lee Zii Jia sebenarnya boleh dikatakan masih bernasib baik jika dibandingkan dengan dirinya selepas mengalami tindakan yang sama dan perlu membayar sebanyak RM68,000 kerana meninggalkan BAM pada hujung 1996.

Tak apa lah, mungkin Zii Jia ada sebab tersendiri yang menyebabkan dia terpaksa buat keputusan macamtu… Apa-apa pun min doakan kejayaan awak yaa Zii Jia!

Baca: “Ada satu alasan saya tak boleh cakap sekarang” – Lee Zii Jia Nafi Keluar BAM Sebab Duit

Collage 46

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.