in

“Ada satu alasan saya tak boleh cakap sekarang” – Lee Zii Jia Nafi Keluar BAM Sebab Duit

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, baru-baru ini pemain badminton negara Lee Zii Jia telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Perkara ini turut disahkan oleh Presiden BAM Norza Zakaria yang mengatakan pihaknya telah menerima surat tersebut bertarikh 11 Januari.

Ekoran keputusan mendadak ini, ada beberapa spekulasi mengatakan pemain badminton nombor 7 terbaik di dunia ini mahu berhenti dari BAM atas faktor wang.

Spekulasi ini wujud kerana difahamkan Zii Jia sebelum ini pernah menerima tawaran hampir RM5 juta daripada syarikat pengeluar sukan antarabangsa dan mempunyai kemungkinan menyertai kelab yang menaungi seorang pemain handalan dunia.

000 96E9Gk

Menurut Utusan, Zii Jia telah menafikan yang dia mahu meninggalkan BAM kerana duit dan menegaskan yang dia mempunyai alasannya yang tersendiri dan tak boleh didedahkan buat masa sekarang.

Mereka berhak untuk cakap macam-macam, mereka ada pandangan sendiri, saya juga ada fikiran saya sendiri. Keputusan ini bukan mudah, saya ambil masa yang agak panjang dan saya harap BAM boleh restu saya.

Saya sedar BAM adalah tempat terbaik, mereka memiliki fasiliti terbaik di Malaysia. Keputusan ini bukan mudah untuk saya, memang ada satu alasan yang saya tak boleh cakap sekarang, tetapi saya boleh sahkan ia bukan pasal duit.”

E944Da5F2Eefd319924055Dc197D81Ca5F2D221F89158

Bagaimanapun, Zii Jia mengatakan dia akan membuat pengumuman mengenai keputusannya ini selepas BAM umumkan keputusan mereka hari ini.

Sebelum ini juga, Norza Zakaria memberitahu sebab Zii Jia meletakkan jawatan adalah kerana dia tak boleh menerima tekanan dan mahu mencapai impiannya mengikut masa dan caranya sendiri.

Kami dah cuba pujuk dan berunding tapi pasukannya dan keluarganya tetap bertegas dengan keputusan tersebut.”

Untuk pengetahuan korang, BAM hari ini akan menjalankan sidang media berhubung keputusan Zii Jia untuk meletakkan jawatan.

Apa-apa pun kita dengar dulu nasib Lee Zii Jia kejap lagi…

 

Baca: Lee Zii Jia Mahu Pulihkan Diri, Ambil Keputusan Tak Teruskan Aksi Di Indonesia Masters 2021

Screenshot 2022 01 21 At 12.33.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.