Dengan kemudahan teknologi masa sekarang, kebanyakan bank telah membenarkan penggunanya untuk menukar kad bank hanya melalui sistem online. Tak perlu susah payah ke bank dah…
Walau bagaimanapun, masih ada sesetengah bank yang belum mengadaptasi sistem ini dan pengguna harus datang sendiri ke bank untuk menyelesaikan urusan tersebut.
Terpaksa usung ibu lumpuh ‘berkatil’ ke bank
Baru-baru ini, pengguna TikTok @hatinimahamud telah berkongsi kepayahannya dalam melalui proses penukaran kad bank baru buat ibunya yang sakit lumpuh.
Menurut Hatini, ibunya yang tidak mampu bergerak dan hanya terbaring di atas katil ini terpaksa diusung menaiki ambulans ke sebuah cawangan bank hanya kerana ingin menukar kad yang telah tamat tempoh.
https://www.tiktok.com/@hatinimahamud/video/7138252962693942555?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=hatinimahamud&t=1662085453255
Bila ditanya jika ada cara lain bagi mereka yang tidak mampu ke bank, Hatini agak kecewa kerana pihak bank tidak mempunyai pilihan lain dengan meminta pengguna sendiri hadir walaupun dalam keadaan lumpuh dan terbaring di atas katil.
Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak mak cik masuk ke dalam bank jugak,” kata pihak bank.
“Semua kos perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma”
Tambahnya lagi di dalam video tersebut, kos untuk membawa ibunya menaiki ambulans harus ditanggung sendiri dan bukannya percuma walaupun dia sendiri dalam keadaan kesempitan wang.
Semua tu kos yang perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma, ada juga ya bank yang tidak ada bertimbang rasa dekat orang sakit…” katanya.
Video ini telah mendapat pelbagai respon dari netizen yang mana rata-rata berkongsi pengalaman yang serupa.
Walau bagaimanapun ada juga yang mengatakan terdapat bank dan cawangan yang prihatin dengan masalah yang dihadapi pengguna sehingga sanggup datang ke rumah untuk menyelesaikan urusan.
Apa-apapun kita tunggu penjelasan dari bank berkenaan isu ini. Harap selepas ini makcik terbabit dapat layanan yang lebih baik dari pihak bank. Kesian pulak kena ke bank dalam keadaan macam tu.
Baca: “Mesti ada untung dan rugi” – Pegawai Bank Negara Dedah ‘Red-Flag’ Dalam Pelaburan