in

“Mesti ada untung dan rugi” – Pegawai Bank Negara Dedah ‘Red-Flag’ Dalam Pelaburan

Red Flag Pelaburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bank Negara Malaysia (BNM) memberi nasihat pada orang ramai yang ingin menceburkan diri dalam bidang pelaburan agar berhati-hati selain kenal pasti ‘red-flag’ atau bahaya yang ada dalam satu-satu pelaburan.


Menurut Pengurus BNM Telelink, Jabatan Link dan Pejabat BNM, S Vijayadurai salah satu petanda yang perlu dielakkan adalah mereka yang menjanjikan pulangan keuntungan luar biasa seperti 10% sebulan, tanpa kerugian.

Tambahnya lagi, biasanya pelaburan seumpama itu biasanya dijanjikan atas talian dan ia biasanya akan menjurus ke perangkap scammer.

Pelaburan Hartanah Pertumbuhan Modal Scaled 1

“Setiap pelaburan yang datang pasti akan membabitkan untung dan rugi, manakala janji manis dilontarkan kebanyakan scammer dalam talian menjamin pulangan 10% untung yang perlu difikirkan secara logik”

Katanya lagi, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk menyemak penipuan scammer ini termasuklah yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain itu, pegawai berkenaan turut memberikan saranan kepada orang awam yang masih was-was dengan kesahihan pelaburan yang telah disemak untuk menghubungi terus BNM dengan cara membuat panggilan atau melalui laman sesawang mereka.

Screenshot 1

Tambahnya, laman sesawang rasmi BNM ada sediakan khidmat ‘live chat’ yang bersedia untuk membantu orang ramai dan secara tak langsung mengelakkan seseorang daripada jadi mangsa scammer.

Dalam masa yang sama, Vijayadurai turut menyatakan kekecewaannya terhadap mangsa penipuan yang kadangkala dilihat tidak ikhlas menceritakan perkara sebenar selepas menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, sekiranya mangsa datang meminta nasihat tetapi memberikan maklumat yang tidak lengkap, main tarik tali dan sebagainya, ini akan menyulitkan pihak BNM untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi membantu mangsa.

Baca : Duit Simpanan Lesap Tiba-tiba, Wanita Pula Kena Marah Dengan Pihak Bank Lepas Buat Laporan

Page Maybank

Sumber: BNM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.