in

[VIDEO] Pakai Tak Sampai Setahun, Lelaki Terkejut ‘Hood’ Dapur Meletup

Hood Dapur Meletup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya apabila membeli peralatan atau perkakas dapur, kita akan pastikan barang tersebut berkualiti tinggi dan boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Sesetengah orang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membeli jenama yang mahal berbanding jenama murah atas faktor keselamatan.


‘Hood’ dapur tiba-tiba meletup, pakai tak sampai setahun

Kalau diikutkan, dah banyak kes tong gas meletup yang masuk berita semuanya atas kecuaian pengguna. Namun baru-baru ini, viral di laman TikTok @alfianrahman756 apabila dia ada memuat naik satu video merakamkan detik-detik cemas apabila ‘hood’ dapur tiba-tiba meletup.

@alfianrahman756

Kejadian berlaku jam 0852hrs 26/06/22. Waktu kejadian wife sedang menunggu waktu isyak dan tiba tiba terdengar bunyi letupan dari arah dapur. Tak sangka hood dapur meletup, pakai tak sampai setahun lagi #fyp

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menerusi video tersebut, lelaki tersebut yang lebih dikenali sebagai Alfian menjelaskan yang kejadian berlaku ketika isterinya sedang menunggu waktu isyak di ruang tamu. Namun tanpa disangka, secara tiba-tiba ada bunyi letupan yang sangat kuat dari arah dapur.

6 10

Rupa-rupanya ‘hood’ dapur yang mereka gunakan tak sampai setahun meletup. Mujur ketika kejadian, tiada seorang pun berada di dapur. Apabila menjengah sahaja ke ruangan dapur, ternyata banyak serpihan berselerak. Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku!

Menjengah ke ruangan komen, ramai tak sangka ‘hood’ dapur berjenama mahal tersebut boleh meletup dan ramai turut berkongsi pengalaman sama dan tips untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku.

“Aku dah tak pakai jenis ni lagi…sama kena meletup begini” – Netizen

4 13

Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku! Korang pernah tak alami situasi macam ni?

Baca: “Makan Malam Keluarga Berubah Tragedi, 4 Cedera Akibat Alat Memasak ‘Steamboat’ Meletup!

5 15

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.