in

“Kenapa guna AI?” – Video Muzik ‘Samudera’ Datuk Nora Ariffin Dipersoal Netizen

Syaz Ft 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu ‘Samudera’ nyanyian Datuk Nora Ariffin baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Hal ini berlaku selepas muzik video (MV) rasmi yang diperbaharui selepas 20 tahun lagu berkenaan dilihat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh tanpa merakam klip fizikal.

Keputusan tersebut diambil bagi memberikan sentuhan visual baru yang lebih segar dan futuristik selaras dengan perkembangan teknologi seni dan digital masa kini.


Artikel berkaitan: Nora Ariffin Tak Jadi Cerai, Tarik Balik Tuntutan Yang Difailkan Tahun Lalu

Artikel berkaitan: “Nak suruh saya t*mpar dia?” – Anak Tidak Lagi Bertudung, Nora Luahkan Pendapatnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menerima pelbagai maklum balas negatif serta kritikan daripada sesetengah warganet di ruangan komen.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpendapat penggunaan AI sepenuhnya mengurangkan nilai estetika, jiwa, dan emosi karya seni yang sepatutnya ditunjangi oleh bakat serta tenaga kreatif manusia.

Cats 1

Bukan itu sahaja, situasi semakin mencuri perhatian apabila ruangan komen pada hantaran berkenaan di Instagram turut dilihat telah ditutup selepas menerima lambakan kritikan daripada warga maya.

Sumber: X, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.