in

“Tiada niat nak sakiti” – Zahirah Macwilson Mohon Maaf Lepas Dikecam, Dakwa Sambutan Christmas & Halloween ‘Pelik’

Ft Zahirah Macwilson

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon popular Zahirah Macwilson telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas satu hantaran di Instagram Story miliknya berkenaan pandangan peribadinya mengenai beberapa perayaan agama lain. 

Dalam satu hantaran, Zahirah memuat naik suasana Halloween dan meluahkan rasa pelik dengan budaya sambutan tersebut walaupun sudah berpuluh tahun menetap di luar negara. Tidak terhenti di situ, Zahirah turut menyentuh mengenai perayaan lain seperti Krismas dan Easter yang disambut oleh penganut agama Kristian. 


Artikel berkaitan : Tampil Anggun Bertudung, Foto Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Di Bali Raih Pujian

Artikel berkaitan : “Ya Allah aku tidak berdaya lagi” – Hantaran Terbaru Ibu Zahirah Macwilson Timbulkan Pertanyaan?

Ridiculous, duduk luar negara 20 tahun tapi tapi tak pernah faham sambutan ini – Zahirah Macwilson

1

Berikutan ini, netizen mula mengkritik kenyataan tersebut dan muat naik semula gambar lama Zahirah bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza pada tahun 2019 di Perth Australia.

Dalam gambar tersebut, Zahirah dilihat pernah bergambar di hadapan replika patung beruang gergasi bertopi Santa dan pokok Krismas berserta kapsyen ucapan #MerryChristmas.

2

Tindakan itu menyebabkan netizen melabelnya sebagai ‘hipokrit’ kerana pernah meraikan sambutan berkenaan suatu ketika dahulu tetapi kini menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik.

3

Zahirah tampil mohon maaf

Terpanggil dengan kecaman tersebut, Zahirah dilihat sudah memadamkan hantaran berkenaan dan  membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kata Zahirah, dia kini masih dalam proses mendalami ilmu agama dan kepercayaan lain, selain menjelaskan bahawa niat asalnya hanyalah untuk berkongsi persoalan peribadi dan bukannya untuk menghina mana-mana pihak.

Img 5899

Sumber : Threads, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.