Tular di media sosial sebuah video memaparkan tindakan seorang bapa yang bertindak melempang seorang wanita tidak dikenali selepas wanita berkenaan difahamkan telah bertindak agresif terhadap anak-anaknya di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi satu temubual di Kool FM bersama bapa berkenaan yang dikenali sebagai Hafizuddin, beliau mendedahkan bahawa tindakan tersebut diambil selepas dua orang anaknya yang berusia dua dan tujuh tahun menjadi mangsa kekerasan wanita terbabit ketika mereka hadir ke acara Pokemon di mall berkenaan.
Artikel berkaitan: “Saya pernah kena lempang sampai terjatuh” – Syed Saddiq Dedah Pengalaman Dibuli, Jadi Sasaran Kerana Berbadan Kecil
Artikel berkaitan: Budak 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dengan Ustazah Sampai Pipi Bengkak, Gara-gara Tak Jumpa Surat Dalam Beg
Menurut Hafizuddin, kejadian berlaku sewaktu anak lelakinya yang baru sahaja pulih daripada demam teruja mahu mengumpul cop Pokemon, sebelum ditolak oleh wanita terbabit sehingga terjatuh ketika mereka sedang berjalan.
View on Threads
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan yang dipercayai telah menampar seorang kanak-kanak lain serta seorang wanita bertudung sebelum itu, turut bertindak memukul kepala anak perempuan Hafizuddin yang baru berusia dua tahun sehingga terjatuh.
“Dia jenis yang lempang, kemudian terus berjalan. Kejadian itu berlaku di belakang saya dan saya tidak menyedarinya.
Selepas itu, saya berjalan bersama anak-anak. Anak lelaki ke kanan, manakala anak perempuan ke kiri.
Saya terdengar bunyi seperti budak terjatuh, lalu menoleh ke arah anak lelaki. Dia sudah bangun dan memandang wanita itu dengan wajah kehairanan,” katanya
Menceritakan detik cemas tersebut, Hafizuddin memberitahu bahawa wanita terbabit bertindak menjerit meminta polis serta menuduhnya gila selepas dia cuba mendapatkan penjelasan di lokasi kejadian.
Susulan pertengkaran itu, Hafizuddin bersama dua lagi individu yang menjadi mangsa telah dipanggil ke bilik pengurusan pusat membeli-belah berkenaan untuk memberikan keterangan, dan pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden terbabit.
Sumber: Kosmo!
