Sejak kerajaan dah beri kebenaran untuk sesiapa yang dah lengkap vaksinasi lakukan aktiviti rekreasi, ramai yang ambil kesempatan untuk pergi hiking bersama ahli keluarga malah kawan-kawan sendiri.
Pengalaman ini ingin diambil oleh ramai rakyat Malaysia, yang mahukan udara segar selepas berapa lama terpaksa berkurung di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tak percaya cakap kawan
Terbaru, sebuah video yang menunjukkan sekumpulan gadis sedang hiking di Sungai Long Hill, Kajang, Selangor mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @nainossss, menunjukkan salah seorang kawannya ini seakan tak larat untuk teruskan perjalanan mereka mendaki bukit tersebut. Rakan-rakannya yang lain cuba memujuk dia dan memberi semangat untuk sampai ke destinasi mereka.
Namun dia tetap berkeras dengan pendiriannya, bahawa kawan-kawan yang lain menipu mengatakan bahawa mereka dah nak sampai ke destinasi dituju.
Tak mengalah untuk memujuk dia, kawan yang lain siap bagi anggaran berapa jauh perjalanan mereka. Tetapi gadis berbaju belang biru hitam itu terus balas, bahawa kawannya menipu sebab anggarannya kedengaran mengarut. Dia turut memberitahu bahawa dia bekerja di sebuah gedung kain dan tahu tentang nilai ukuran.
“Semeter panjang ni je tau,
“Aku kerja ukur-ukur kain, semeter panjang ni. Satu point lima meter panjang ni je.” katanya dengan tegas.
Posting video yang dimuat naik kurang dari 24 jam tersebut menjadi perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1.1 juta tontonan di TikTok.
@nainossss membe jarang tak lawak. 🤣
“Bagus lah member dia. Support utk kesihatan”
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ragam yang ditunjukkan oleh gadis tersebut. Ada yang memuji tindakan rakan-rakannya memberi sokongan kepada gadis tersebut untuk sampai ke destinasi dituju.
Selain tu juga, ada yang dah nampak seperti kawannya itu begitu pasrah nak teruskan perjalanan mereka.
Ini memang contoh kawan sejati. Nasib baik kawan-kawan dia tak pancing benda pelik dekat kawan dia tu.