in

“Dekat tapi jauh”-[VIDEO] Nak Keluar Tak Boleh, Ibu Terhibur Tengok Anak Buat Kawan Dekat Balkoni Rumah, Siap ‘Show Off’ Baju Elsa

Cats 82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tengok kes Covid-19 yang masih banyak di Malaysia, ramai ibu bapa yang risau dengan kesihatan anak masing-masing dan kalau boleh diorang cuba untuk elakkan anak diorang pergi tempat-tempat awam sebab takut tiba-tiba berjangkit. Sekarang ni dah la banyak kes sporadik. Takut pula.


Kebetulan pula memang negara kita tengah lockdown, so anak-anak kita memang duduk rumah sahaja. Diorang pun bosan sebab tak dapat keluar main dengan kawan-kawan.

 

Buat kawan baru dekat balkoni rumah

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh pemilik akaun __loveshak di Twitter baru-baru ini, dia berkongsi kisah anak perempuannya yang bernama Lisa buat kawan baru time lockdown melalui balkoni rumah diorang.

“Kesian anak2 aku ni. Dengan jiran seberang bangunan pun boleh bersembang.”

Kebetulan pula anak jiran seberang bernama Hana itu pun suka kartun Frozen macam Lisa, memang masing-masing syok tunjuk barang-barang Frozen diorang. Sorang dekat balkoni rumah, sorang dekat tepi tingkap. Punya la gigih nak tunjuk barang masing-masing walaupun duduk jauh.

“Pakat flex crown masing-masing.”

Bukan itu sahaja, Lisa juga tayang baju Elsa dia dekat Hana dan siap tanya dia ada baju yang sama atau tak.

Screenshot 66

 

Dah macam mesyuarat tingkap

Persahabatan jarak jauh Hana dan Lisa itu berterusan beberapa hari selepas itu. Awal pagi diorang dah berborak tau.

“Awal pagi dah mesyuarat tingkap aih.”

Lepas itu, sambung lagi mesyuarat tingkap waktu tengah hari pula. Tapi kali ini tunjuk patung Totoro pula.

“Tengah hari pun mesyuarat tingkap lagi. Pakat tunjuk totoro pulak. Sama-sama suka totoro jugak.”

Si ibu pun terhibur tengok anak dia asyik mesyuarat tingkap dengan kawan baru dia yang duduk di seberang rumah. Habis jiran-jiran kawasan situ kena dengar diorang dua berborak.

Korang doakan lah lockdown ni cepat habis. Bagi la chance diorang nak jumpa and main sama-sama.

 

Sumber: __loveshak

Baca:Ibu Tergamam Kena Bayar RM226 Dekat Rider Food Panda, Rupanya Anak Main Phone, Pesan 19 Bungkus Makanan

Capture 52

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.