Baru-baru ini band terkenal yang berasal daripada Bandung, Indonesia, ST12 telah mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur. Tapi siapa sangka yang dorang sanggup buat busking secara percuma di Bukit Bintang?
Beberapa hari lepas, sebuah video telah dimuat naik ke Twitter yang memaparkan band ST12 yang dilihat sedang membuat free show di Bukit Bintang telah meraih perhatian warganet.
Lagu ni kalau dengar ketika suap nasi, nasinya boleh pergi ke hidung.. Berhantu betul lagu ni. pic.twitter.com/WPdLPmAo1I
— Jalal Misai (@jllmisai) March 14, 2023
Payung lagu Jangan Pernah Berubah!
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ramai orang sedang berkumpul di hadapan Lot 10 sambil menyaksikan persembahan yang kebiasaannya daripada para-para buskers.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah persembahan kali ini memaparkan artis terkenal iaitu Charly ST12 yang menyanyikan lagu berjudul Jangan Pernah Berubah buat orang ramai. Mesti semua orang terkejut bila nampak ST12 yang tengah perform!
Persembahan itu sememangnya mengundang perhatian orang ramai dan ada juga yang berhenti untuk mengambil gambar bersama-sama artis tersebut.
“Sempoi beb sporting” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila melihat artis terkenal yang sanggup membuat free show dan busking untuk menggembirakan peminat-peminat mereka.
Kan best kalau semua artis yang datang lepasni habis konsert dorang busking kat Bukit Bintang pula kan hehe…
Baca : “Jangan buat orang tak selesa” – Penonton Dakwa Pasangan Buat Perangai Masa Konsert ST12?