in

[Video] Lelaki Cuba Bunuh Diri Sebab Dikecewakan Oleh GF, Batal Hasrat Lepas ‘Dipujuk’ Abang Bomba

Bomba4

Dikecewakan oleh teman wanitanya, seorang lelaki tekad ingin bunuh diri dengan cara terjun dari 16 sebuah kondominium di Seksyen 2, Wangsa Maju, KL semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba terlah berjaya mematahkkan cubaannya. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menyatakkan bahawa mereka ada terima panggilan kecemasan berhubung kejadian ini sekitar jam 11.58 pagi.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju telah dikejarkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.”

Posted by MD Affandi Tia WJ on Tuesday, January 5, 2021

Ketika bomba sampai di lokasi, didapati lelaki warga tempatan berusia 26 tahun itu sedang berdiri diatas bangku balkoni tingkat 16 sebuah unit kediaman kondominium tersebut.

Anggota di lokasi kemudiannya mula pujuk mangsa untuk batalkan niat tersebut pada jam 1.30 petang dan akhirnya berjaya dengan bantuan unit High Rise Rescue Team (HRRT), lapor Kosmo!

 

Dikecewakan teman wanita

“Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya pada pukul 1.39 petang” katanya.

Posted by MD Affandi Tia WJ on Tuesday, January 5, 2021

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah peribadi lelaki berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan cuba membunuh diri selepas dikecewakan oleh teman wanitanya bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan,” jelas beliau.

Haih, bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya.

 

Baca : Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya

Buaya