in

Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya

Ft Suicide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kerap kali kedengaran laporan cubaan bunuh diri dalam kalangan warga tempatan. Bahkan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja seramai 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang 18 Mac sehingga 30 Oktober tahun ini.


Banyak tu! 

Terkini ada lagi cubaan bunuh diri dilaporkan. Seorang wanita yang bekerjaya, bertindak untuk cuba menamatkan riwayat hidupnya sendiri akibat tekanan perasaan.

 

Saksi hubungi polis sejurus ternampak aksi wanita berkenaan terjun ke dalam sungai

Lapor Utusan, wanita terbabit dilihat saksi terjun di bahagian tengah sungai sebelum berenang ke tebing dengan pantas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.57 petang itu akhirnya selesai selepas wanita berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat di Jalan Mohd. Sidin, Klang, oleh orang awam pada lewat malam lebih kurang jam 11.30 malam dalam keadaan basah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, wanita tersebut yang juga merupakan seorang jurutera di Tenaga Nasional Berhad (TNB) , beritahu dia ternampak kelibat buaya.

Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat buaya yang menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya membunuh diri. 

Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan bunuh itu.”

Bomba di lokasi kejadian

Sui

“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang itu ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.

Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu.”

Kalau korang ada tanda-tanda tekanan perasaan, segeralah cari bantuan.

 

Baca : [Video] “Tolong! Tangan aku dah tak kuat” – Wanita Jerit Minta Tolong, Tak Jadi Terjun Bunuh Diri

Ft Gantung Final

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.