in

Telefilem Delen Arahan Janna Nick Terima Kecaman, Netizen Dakwa Tiru Dilan 1990?

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas genap 10 tahun menceburi bidang seni, pengacara dan pelakon popular, Janna Nick telah mencuba sesuatu yang baru buat dirinya. Pelakon berusia 26 tahun itu kini telah melibatkan diri dalam dunia pengarahan dan penerbitan.


Untuk ‘anak’ pertama keluarannya, Janna telah menerbit dan mengarah telefilem bertajuk Delen. Menurut sumber, Delen bakal ditayangkan jam 9 malam pada 13 Februari 2021 menerusi saluran Astro Citra.

1 3

Telefilem Delen terbitan syarikatnya sendiri, Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon popular seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Norreen Iman dan dirinya sendiri.

Bagaimanapun, timbul isu kurang enak apabila poster Delen mula tular di media sosial dan ada netizen yang mendakwa telefilem ini meniru filem popular Indonesia, Dilan 1990 dan Dilan 1991.

2 4

3 3

Dengan nama watak Delen dan Dilan yang persis sama, rata-rata netizen mempersoalkan keaslian idea telefilem arahan Janna Nick ini.

Malah, ada juga yang mendakwa jaket jeans yang dipakai oleh Sean Lee dalam poster Delen meniru watak Dilan yang sering memakai jaket jeans dalam filem Dilan 1990. Untuk rekod, Dilan ialah watak daripada filem Dilan 1990 dan Dilan 1991 lakonan Iqbaal Ramadhan.

2019 09 19 79732 1568897290. Large

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kurang berpuas hati dengan telefilem Delen yang dikatakan menciplak idea daripada filem negara seberang. Ada juga yang mempersoalkan pemilihan nama Delen, yang dilihat kurang sesuai bagi nama orang di Malaysia.

A

B

C

D

E

Apa pendapat anda tentang telefilem arahan Janna Nick ini, tajuk Delen hanyalah kebetulan atau mengambil insipirasi daripada filem negara seberang? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

BACA“Silap2 depa laki bini baik balik” – Janna Nick Minta Netizen Jangan Sibuk Urusan Peribadi Shuk Sahar

Capture 3

Sumber: MyInfoTaip
Sumber: Malaysiakini
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.