in

“Tak tengok pun cerita Delen ni tapi dah judge dulu” – Janna Nick Tampil Jelaskan Isu ‘Ciplak’ Telefilem Delen

Dd2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengacara dan pelakon, Janna Nick tampil buka mulut berhubung isu telefilem terbitan dan arahannya sendiri, Delen.


Menerusi respon Janna di Instagram semalam, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, 25 tahun ini menegaskan bahawa tiada persamaan langsung dengan filem yang dikatakan menjadi rujukan seperti mana yang didakwa oleh netizen iaitu Dilan.

 

Isu kononnya Delen meniru Dilan, bila cerita tu ditayangkan yang tak sama langsung pandai pulak senyap.”

Isu ini menjadi bualan hangat netizen minggu lalu sebelum ia ditayangkan. Namun menurut Janna, ia tidak lagi menjadi buah mulut mereka selepas telefilem itu sudah ditayangkan di Astro Citra pada 13 Februari lalu.

“Masa sebelum ditayangkan tu ya ya lah cakap Janna Nick ni meniru, tak ada idea… Tak sama langsung.

Semua yang tengok Delen semalam (kelmarin) tolonglah komen beritahu dekat diaorang. Yang lagi mengecewakan adalah diaorang tak tengok pun cerita Delen ni tapi diaorang dah judge dulu.”

Tambah Janna lagi, sikap orang kita yang suka menilai dari luaran lah membuatkan industri di Malaysia ini susah maju.

“Memang betul itu kita punya usaha untuk menampakkan yang industri kita ni maju, kalau ada sesetengah orang yang menampakkan benda tu gagal, contoh dari poster pun dah gagal kita tak boleh macam “sebab poster ni gagal, cerita ni pun memang dah gagal”

Namun maksudnya memanglah hasil drama dan filem di Malaysia masih belum sehebat Korea dan Hollywood, namun ada sedikit kemajuan berbanding dulu.

“Tengok dulu, support lah local product, memang takkan jadi sebagus Korea, Hollywood takkan mungkin, tapi we slowly getting there.

Macam saya bukan lah nak cakap Delen ni slowly getting there, tidak tapi kita bayangkan dari dulu sampailah sekarang, dia dah makin ok, makin maju, pemikiran penonton pun dah makin terbuka.”

Sebelum ini telefilem Delen yang dibintangi oleh Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Norreen Iman dan dirinya sendiri itu dipersoal dan menjadi pertikaian netizen kerana poster itu dilihat seakan-akan filem dari negara jiran, Dilan.

Delen Delen2

 

Baca : Telefilem Delen Arahan Janna Nick Terima Kecaman, Netizen Dakwa Tiru Dilan 1990?

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.