in

“Video itu hanya ingin tunjuk perempuan yang tak pandai pakai ‘eyeliner’” – Syatilla Melvin Mohon Maaf & Perjelas Video Conteng Muka Gelap

St4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Syatilla Melvin atau nama lengkapnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, tampil membuat permohonan maaf berhubung keterlanjuran tindakannya menconteng muka menjadi gelap yang mengundang kecaman di media sosial baru-baru ini.


Tak nak buang masa, terus nak minta maaf kepada anda semua yang terasa hati dengan saya.”

Menerusi permohonan maaf yang dibuat menerusi satu video di Instagram miliknya, Syatilla menjelasan bahawa dirinya sama sekali tak berniat untuk melakukan tindakan sedemikian.

Syatilla juga ada menerangkan bahawa tujuan video itu adalah ditujukan untuk kaum wanita yang tidak tahu menggunakan eyeliner.

“Video itu hanya ingin menunjukkan perempuan yang tak pandai pakai ‘eyeliner’. Perempuan yang pernah alami perkara atau situasi itu, mungkin mereka faham.”

Namun begitu Syatilla akui bahawa dirinya bersalah kerana terlepas pandang sensitiviti untuk setengah pihak.

“Mungkin salah saya juga kerana saya terlepas pandang sensitiviti sesetengah pihak. Saya harap anda maafkan saya.”

Bahkan Syatilla juga memohon maaf atas tindakan tersebut, malah dia juga memaafkan netizen-netizen yang mengecam dirinya sebelum ini.

“Jangan risau, mana yang kutuk saya dan cakap bukan-bukan, saya sudah maafkan. Kepada kawan-kawan wartawan, saya mohon maaf sebab tak respons sebab taknak keruhkan keadaan,”

Untuk rekod, semalam Syatilla ada muat naik satu video untuk mempromosikan produk yang telah mengundang kemarahan orang ramai kerana dilihat seperti tidak menjaga sensitiviti.

Dalam video tersebut, Syatilla bertindak menconteng mukanya menjadi gelap sebelum berubah menjadi jelita. Berdasarkan perkongsian itu, produk terbarunya bakal dilancarkan minggu depan, walaubagaimanapun video itu telah pun dipadamkan di Instagram miliknya.

 

Baca : “Perlu ke conteng muka hitam” – Syatilla Melvin Dikecam Sebab Dikatakan Tak Sensitif Promote Produk?

St

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.