in

[VIDEO] Gadis Cina Terhibur Abang Busker Nyanyi Lagu Mandarin Masa Makan Di Restoran Melayu

Hy5T4G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini dah menjadi kebiasaan bila mana kita sedang menikmati hidangan di kedai makan atau restoran, pasti akan dihiburkan oleh geng buskers. Mereka inilah golongan yang memeriahkan suasana dan menceriakan kita ketika sedang menikmati hidangan tertentu.


Selalunya, kita juga boleh membuat permintaan kepada geng buskers ini untuk menyanyikan lagu-lagu yang kita inginkan. Kalau min selalu tengok orang request lagu Happy Birthday…

Namun, berbeza pula dengan apa yang dikongsikan oleh seorang gadis berbangsa cina mengenai pengalamannya yang sedang makan di salah sebuah restoran baru-baru ini.

Gadis cina terhibur abang busker nyanyi lagu mandarin khas untuknya

Video berdurasi 18 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan situasi seorang gadis yang berbangsa cina sedang menikmati hidangan lemang di sebuah restoran yang cukup dikenali iaitu Lemang To’ki.

Namun tanpa dia sedari, tiba-tiba abang busker yang sedang menghiburkan pelanggan di kedai tersebut menyanyi lagu mandarin, nyanyian asal penyanyi Jam Hsiao.

Pelik dengan keadaan tersebut, dia melihat sekeliling sebelum menyedari yang hanya dirinya merupakan pelanggan berbangsa cina di kedai itu. Rupa-rupanya lagu tersebut ditujukan khas kepada dirinya ketika sedang enak menikmati lemang di restoran tersebut.

“Sedang menikmati lemang di warung tiba-tiba…..”

Menerusi video itu, dia juga memuji suara abang busker tersebut selain terpukau dengan intonasi dan sebutannya dalam mandarin yang sangat jelas tambahan pula dikatakan lebih fasih daripada dirinya.

“Tak sangka suara dia sedap semasa saya menikmati lemang dan rendang…sebutan dia pun lebih baik daripada saya..”

“Lelaki tu cakap dia nyanyikan lagu cina itu sebab saya seorang je customer cina dekat situ.”

Netizen terharu dan terpegun melihat tindakan lelaki itu

Di ruangan komen, rata-rata daripada mereka sangat terpegun dengan nyanyian lelaki itu selain berharap busker tersebut menjadi viral dan dikenali lagi ekoran dengan kebolehannya menyanyikan lagu dalam bahasa lain.

Screenshot 2022 09 05 At 5.26.32 Pm

Screenshot 2022 09 05 At 5.26.50 Pm

Screenshot 2022 09 05 At 5.27.00 Pm

Min pun sekali terpegun! Kita kan satu Malaysia seharusnya menerima apa sahaja yang terbaik demi menguatkan lagi semangat perpaduan yang sudah lama kita bina.

Baca: Jiran Cina Sambut ‘Birthday’ Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Beri KFC Sebagai Ganti

Screenshot 2022 09 05 At 5.34.44 Pm

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.