in

[VIDEO] “Dah viral buat alasan” – Wanita Terpaksa Heret Mak Terlantar Sebab Bank Minta Bukti Untuk Tuntut Duit Pencen RM84

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 60 tahun tak ada pilihan lain melainkan mengheret ibu berusia 100 tahun menggunakan katil buatan ke bank untuk keluarkan duit pencen.


Menurut India Times, insiden ini berlaku di Odisha, India di mana wanita ini telah pergi ke bank untuk keluarkan duit pencen ibunya berjumlah Rs 1,500 (RM84).

Bagaimanapun, wanita ini mendakwa bank itu mengatakan yang mereka perlukan bukti fizikal yang ibunya masih hidup dan enggan keluarkan duit tanpa bukti tersebut.

Bedridden2

Bayangkan wanita ini, Punjumati Dei, juga seorang wanita yang dah berusia dengan tenaga yang tak seberapa ini terpaksa mengheret ibunya yang terlantar ini ke bank berdekatan.

Insiden ini mula mendapat perhatian selepas video menyayat hati menunjukkan kepayahan Punjumati mengheret ibunya ini tular di media sosial.

Saya pergi bank beberapa kali sejak tiga bulan lepas dan minta pihak bank untuk keluarkan duit pencen tapi pegawai tu cakap dorang hanya akan keluarkan kalau saya bawa mak saya ke sana.”

Ibunya yang merupakan pemegang akaun di bawah bank kerajaan Jan Dhan Yojana. Bank ini telah mengumumkan yang dorang akan beri bantuan bulanan sebanyak Rs500 (RM28) kepada wanita pemegang akaun di sini dari April hingga Jun untuk kurangkan beban semasa pandemik Covid-19.

Bedridden

Selepas video ini viral, pegawai bank mengatakan yang Punjumati telah tiba di bank bersama ibunya sebelum pengurus bank sempat melawat ibunya di rumah untuk pengesahan. Yeah righttt

Lagipun, menurut wakil bank ini lagi, susah untuk pengurus tersebut pergi ke rumah wanita ini kerana bank di kawasan itu diuruskan oleh satu pengurus sahaja.

Bagaimanapun, sebelum ini pengurus telah pun memberitahu Punjumati bahawa dorang akan datang ke rumah wanita tersebut, tapi belum sempat datang, wanita ni dah heret ibunya ke bank dulu.

Pandai betul bagi alasan.

 

Baca: “Betul ke slogan Sedia Membantu Anda tu?” – Heboh Pesakit Kanser Tahap 4 Terpaksa Datang Ke Pejabat KWSP, Ini Jawapan Mereka

Screenshot 2020 06 17 At 2.20.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.