in

“Betul ke slogan Sedia Membantu Anda tu?” – Heboh Pesakit Kanser Tahap 4 Terpaksa Datang Ke Pejabat KWSP, Ini Jawapan Mereka

Featured Image Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, tular dekat laman Facebook mengenai keadaan seorang wanita yang juga merupakan pesakit kanser tahap 4 terpaksa datang ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menggunakan stretcher dan ambulans sambil ditemani adik beradiknya.


Menurut @Nur Sheila Abdullah, pada mulanya dia ada bertanya kepada pihak KWSP mengenai tatacara untuk mengeluarkan baki wang simpanan kakaknya itu.

“Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan ke semua balance yang ada di akaun 1. Tak banyak pun, tak sampai RM10 ribu.” Katanya.

Kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual & pengesahan diri pencarum.”

4 2
Sumber: facebook

Tambahnya lagi, dia turut membuat permintaan supaya ada pegawai yang boleh datang ke rumahnya bagi mendapatkan pengesahan disebabkan oleh keadaan kakaknya yang tidak mengizinkan untuk ke pejabat tersebut.

Namun, apa yang lebih mengecewakan apabila jawapan yang diberikan oleh pihak KWSP adalah seperti tidak memihak kepada keluarga mereka.

“Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari mengunakan mesin mereka, tak kisahlah nak datang naik ambulance & mengunakan stretcher pun boleh janji datang.” Katanya.

Semasa hari kejadian, kakak Sheila datang ke pejabat KWSP dengan menggunakan ambulans dan bantuan stretcher, namun timbul lagi masalah lain di mana pengawal keselamatan tidak membenarkan ambulans tersebut park di bahagian pintu masuk kerana mengganggu.

“Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak menganggu di depan bangunan, berpusing-pusing driver ambulance.” Katanya.

1 4
Sumber: facebook

Akhirnya ada pegawai yang keluar dan membantu bagi memudahkan urusan mereka. Tambahnya lagi, ada juga pegawai yang mengatakan bahawa sebenarnya boleh menggunakan cop jari manual untuk pengesahan tapi ia mengambil masa sedikit.

3 2
Sumber: facebook

Perkongsian Sheila ini telah mendapat ribuan share di laman Facebook dan ia secara tidak langsung memberi tamparan hebat buat KWSP.

Oleh itu, KWSP telah membuat permohonan maaf dalam laman Facebook di atas keikhlafan mereka.

“KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.”

“Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut. Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.” KWSP.

Kwsp
Sumber: facebook

Haish, kita sepatutnya kalau boleh mudahkan urusan orang lain. Sifat simpati dalam diri tu kena ada juga, dan bergantung kepada situasi. Kalau boleh jangan ulang lagi lah kesilapan sebegini.

 

Baca: “Alasan arwah anak dia”- Tak Cukup Harta, Duit Insurans & KWSP Arwah Anak Pun Bapa Mertua Nak Bolot

Vkubo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.