in

[VIDEO] Confident Betul! Adik Ini Salah ‘Masuk’ Masa Bernasyid, Tapi Masih Boleh Perform

Feature Qasidah Fulll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Selasa yang lepas, umat Islam seluruh dunia telah pun menyambut Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W.


Sehubungan dengan itu, dengan tema ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’, majlis sambutan Maulidur Rasul pasti akan diadakan seluruh negara termasuk di sekolah-sekolah.

Bila diingat kembali, apabila sambutan Maulidur Rasul diadakan di sekolah pastinya akan ada sesi ceramah tentang sirah Rasulullah S.A.W., selawat ke atas Baginda dan sesi persembahan daripada murid-murid seperti tilawah dan nasyid.

Tular di media TikTok baru-baru ini, sekumpulan penyanyi nasyid daripada pelajar perempuan Ma’ahad Tahfiz As Sofa, Seremban membuat persembahan qasidah bagi majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada awalnya, persembahan tersebut terlihat sempurna. Namun, ada sesuatu terjadi pada pertengahan qasidah tersebut.

@izzahafeyah

bila ko rasa confident sgttt be likeee .. ???#maulidnabi #qosidah #fyp

♬ original sound – bukan ustazah – bukan ustazah

Sedang khusyuk mendengar qasidah tersebut, salah seorang daripada pelajar yang membuat persembahan tersebut ‘kantoi’ salah masuk ke rangkap lain!

Yang tambah kelakarnya, suara dia yang paling kuat! Mungkin sebab over excited, itu yang sampai tersalah masuk part. Suasana di dalam dewan tersebut terus berubah kerana masing-masing cover  malu dan tahan gelak. Tetapi yang bagusnya, kesemua pelajar tersebut masih maintain teruskan persembahan sehingga habis.

Disebabkan itu, perkongsian daripada saudari Izzahafeyah ini telah mendapat jumlah tontonan yang tinggi sebanyak 96.5 ribu tontonan dalam masa 16 jam!  Bukan itu sahaja, ramai yang memberi komen terhibur dengan persembahan tersebut. Ada juga yang sempat throwback zaman mereka di sekolah dulu!

Qasidah Komen Full

Tak apa dik… lain kali practice lebih lagi. Yang penting confident dan selamat maju jaya menghafaz Quran!

Baca: “Dengar bunyi orang baca jampi”- [Video] Seram! Penjaga Asrama IPT Kongsi Detik Dikacau Sepanjang Tiada Penghuni

Baca Qasidah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.