Zaman sekarang, memang tak dapat dinafikan yang gajet menjadi satu barang yang wajib dimiliki oleh semua orang. Tak kiralah umur dari remaja ataupun yang sudah bergelar warga emas.
Tetapi, sekiranya penggunaan gajet didedahkan sejak usia yang muda, perkara ini mendatangkan kesan buruk kepada golongan remaja. Macam-macam lah perangai yang akan keluar bila terlampau taksub dengan gajet ni.
Turut berkongsi di TikTok menerusi akaun @miaaulia78, yang mana dia terpaksa ‘main’ kejar-kejar bersama adik-adiknya seawal 5 pagi! Ishh, kenapa pula dah ni??
Kejadian itu disebabkan adik-adiknya merajuk dan memberontak selepas telefon bimbit milik mereka dirampas. Dek kerana terlampau ikut emosi, mereka berdua bertindak dengan ‘melarikan diri’ dari rumah.
Rata-rata memberi pelbagai reaksi tentang rakaman tersebut kerana gaya adegan kejar-mengejar itu seolah-olah mereka mahu menculik dua remaja tersebut. Aduhai.. Penat lah Min gelak baca komen-komen korang ni hahaha…
“Kalau ayah aku ni, takde gelak2 lagi dah. Balik rumah trus pekena…” – Netizen di bahagian komen
Update keadaan dua beradik
Di bahagian pinned komen pula, Mia turut kongsikan video sambungan tentang kejadian merajuk itu. Ternyata, adik-adiknya selamat pulang ke rumah tetapi disebat oleh ibu bapa mereka kerana melakukan perkara yang merisaukan ramai orang.
Di bahagian komen, ada yang memuji tindakan sebat menggunakan penyangkut baju. Ye lah kan, denda tu tanda sebagai peringatan supaya tak ulang lagi buat benda yang sama..
“Bagus, denda tetap kena jalan. Salah tetap salah” – Komen dari netizen
Yang penting kedua-dua mereka selamat pulang ke rumah tanpa sebarang kecederaan. Malah, mereka berdua dipantau ketat oleh ahli keluarga mereka dengan harapan tidak melakukan ‘kerja gila’ itu lagi.
Haih.. teringat zaman kecil dulu… Min ponteng puasa pun kena sebat dengan tali pinggang… Sejak dari tu tak berani nak curi-curi makan sesuka hati time puasa…