Bagi setiap individu yang sudah berumah tangga, sudah semestinya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri tanpa berharap bantuan daripada orang lain.
Namun, bagaimana pula sekiranya mertua telah menjanjikan anak menantunya sebidang tanah untuk dibina rumah impian yang diangan-angankan?
Sudah semestinya pasangan suami isteri yang belum memiliki rumah sendiri akan tertarik dengan ‘janji manis’ ini kerana percaya dengan mertua yang dianggap sebagai ibu bapa sendiri.
Demikianlah angan-angan pasangan suami isteri dari Indonesia ini untuk tinggal di ‘mahligai’ hasil titik peluh sendiri tetapi musnah gara-gara mertua.
Menerusi perkongsian klip video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini oleh pemilik akaun @ciktha, wanita itu ternyata sedih apabila impiannya untuk membina keluarga di dalam rumah yang dibina atas titik peluh mereka suami isteri musnah setelah dihalau keluar oleh mertua.
https://www.tiktok.com/@MS4wLjABAAAAhxovlH2xpvUmo49MKC3QHV_9495o8cL04e3KZc2YB8wowMrY98-au2ehOr3R7OmV/video/6892542212299640066?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6892412631643163905
Suami dijanjikan sebidang tanah pusaka
Menurut wanita itu, si suami sebelum ini telah menerima sebidang tanah pusaka hasil pemberian kedua ibu bapanya.
Disebabkan itu, mereka suami isteri bekerja dengan gigih untuk mengumpul duit bagi membina rumah mereka sendiri di atas tanah pusaka itu.
https://www.tiktok.com/@MS4wLjABAAAAhxovlH2xpvUmo49MKC3QHV_9495o8cL04e3KZc2YB8wowMrY98-au2ehOr3R7OmV/video/6892412631643163905?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6892412631643163905
Berlaku perselisihan antara mertua, dihalau keluar
Namun janji hanya tinggal janji apabila ‘istana’ yang dibina mereka itu hampir siap, berlaku pula perselisihan faham antara mereka dengan mertua sehingga menyebabkan mertua tidak membenarkan mereka untuk tinggal di atas tanah tersebut.
Kerana satu kesalahan, seribu kebaikan kami tidak dikenang.
Tambah wanita itu lagi, mereka anak-beranak juga tidak dibenarkan untuk menjual rumah yang telah siap dibina itu.
Namun, wanita itu tetap reda dengan ketentuan keluarga mertuanya dan berharap semoga di setiap dugaan yang dialami mereka sekeluarga terkandung hikmah di sebaliknya.
Perkongsiannya yang tular di media sosial ini berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.
Ada juga yang menitipkan pesanan dan kata-kata semangat untuk mereka sekeluarga supaya tabah menghadapi ujian dalam berkeluarga ini.
“Semua harta hanya sementara” – Netizen
Bersyukur kalau dapat keluarga mertua yang layan menantu macam anak sendiri.