in

[Video] Ahli Parliment Kena ‘Sound’ Sebab Tak Pakai Mask Masa Sidang Dewan Rakyat

Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun kes virus Covid-19 menunjukkan kadar penurunan yang baik tetapi ia masih tak boleh diramalkan. Itu sebabkan kita dinasihatkan untuk terus memakai topeng muka sebagai langkah jaga-jaga melindungi diri kita.


Perkara ini harus dipandang serius kerana ia merupakan satu etika buat diri seseorang supaya dapat dijadikan contoh lebih-lebih lagi jika seseorang itu merupakan orang ternama dan tokoh yang sepatutnya menjadi ‘role model’ kepada orang rakyat seperti ahli politik.

Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Tuan Khoo Poay Tiong (PH – Kota Melaka) membincangkan masalah topeng muka, di mana dia mengingatkan bahawa topeng muka harus dipakai mengikut piawaian prosedur kecuali ketika bercakap.

Setelah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memperkenalkan Tuan Khoo Poay Tiong pada minit 24:04, dia segera menegaskan masalah pemakaian pelitup muka yang dipakai di dalam bilik sidang itu.

Datuk Speaker, saya menanggalkan topeng muka sebelum saya bercakap.”

“Datuk Speaker, menurut SOP, kita seharusnya selalu memakai topeng muka semasa kita berada di dewan parlimen,” katanya 

“Tuan Yang di-Pertua, kita semua seharusnya memakai topeng muka, hanya ketika bercakap, kita harus menanggalkan topeng kita. Saya harap SOP ini dipatuhi kerana mesyuarat parlimen ini disiarkan secara langsung dan orang-orang yang menonton akan mempersoalkan mengapa kita tidak mengikuti SOP semasa parlimen,”

Bagaimanapun, Datuk Azhar terus mencelah dengan mengatakan bahawa mereka kekurangan masa dan meminta dia untuk meneruskan pertanyaannya.

Baca : “Perangai orang2 tua di parlimen susah diubah” – Rafizi Kongsi Pernah Dipanggil ‘YB Pondan’ Di Parlimen

Rafizi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.