Jika korang terlihat sebuah kereta tersadai di tepi jalan dengan keadaan pemandu yang tidak dapat dipastikan sama ada sedar atau tidak, apa yang korang akan buat?
Mungkin sesetengah pemandu akan meneruskan perjalanan, namun tindakan pantas seorang lelaki yang dipercayai anggota polis ini mendapat pujian ramai kerana dia sanggup turun untuk melihat keadaan pemandu berkenaan.
“Kalih tengok macam orang TERLENTOK”
Menerusi perkongsian @abmgojes di TikTok, ketika melalui sebuah jalan di Kuala Kedah, dia telah terlihat sebuah Alza berwarna putih berhenti di tepi jalan tanpa sebab (walaupun lampu trafik telah bertukar hijau) hingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.
Apabila berkalih ke kenderaan itu, lelaki berkenaan mendakwa dia terlihat pemandunya seperti dalam keadaan terlentok.
Oleh sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk berpatah balik dan memeriksa keadaan pemandu kerana bimbang jika terkena serangan jantung ketika memandu dan sebagainya.
@
Namun setelah diperiksa ternyata si pemandu hanya tertidur dan tidak mengalami apa-apa kejadian serius. Phew mujurlah tak ada apa-apa!
“Terima kasih kejutkan saya tadi”
Video yang tular di media sosial ini akhirnya telah mendapat respon pemandu itu sendiri yang berterima kasih kepada abang polis tersebut kerana telah mengejutkannya dari tidur.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Basir Shaari telah menjemput anggota polis itu untuk makan di kedai nasi dagingnya demi membalas jasa baik tersebut. Wah syukurlah!
Malah anak lelaki berkenaan juga turut meninggalkan komen terima kasih serta menjelaskan bahawa ayahnya mungkin penat hingga tertidur kerana baru lepas menghantar tempahan nasi daging.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan juga memuji sikap prihatin anggota polis ini dan berharap ramai mencontohinya.
Mujurlah tak ada apa-apa. Bahaya tau microsleep ni. Nasiblah dia tertidur masa traffic light.
Baca: Tular Video Pakcik Bongkok Jadi Runner, Caprice Pakat Dengan Netizen Nak Hulur Bantuan