in

“Untuk dua minggu ni tidurlah kat mana-mana” – Tular Video Anggota Polis Minta Penduduk Klang Keluar Kawasan?

Keluar Dari Klang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan PKPB di Klang, Selangor yang berkuatkuasa 12.01 tengah malam pada 9 Oktober ini.

Susulan pengumuman tersebut, muncul pula satu video viral yang sedang tular di WhatsApp apabila seorang anggota polis dilihat sedang memberi penjelasan kepada penduduk Klang yang gusar akan PKPB yang akan dijalankan. 


Video tersebut telah dikongsikan di Twitter seperti di bawah:

Menerusi video tersebut, anggota tersebut dilihat menjelaskan kepada penduduk Klang yang risau bagaimana jikalau mereka bekerja di luar kawasan Klang atau bagi mereka yang di luar Klang bekerja di daerah tersebut. 

Anggota tersebut kemudian menjelaskan bahawa adalah sebaiknya mereka yang bekerja di luar Klang untuk tinggal di luar daerah tersebut dalam tempoh 2 minggu ini.

 

“Kat rumah siapa pulak aku nak merempat 2 minggu ini?” 

Video tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Ada yang runsing memikirkan di mana perlu mereka tinggal dalam tempoh 2 minggu, manakala ada juga yang memberi saranan supaya majikan memberi kelonggaran ‘work from home’ dalam tempoh berikut.

Klang

Apa-apapun admin sarankan kita dengar dulu penjelasan pihak berkuasa tentang isu ini dan jangan ambil tindakan melulu beramai-ramai keluar dari Klang. 

Baca: [TERKINI] Sandakan, Papar, Tuaran & Klang (Selangor) Dikenakan PKPB Mulai 9 Oktober

Mail Sabri

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.