in

Ubah Haluan Kereta Secara Tiba-tiba, Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Pelajar Berumur 17 Tahun!

Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pemandu mabuk melanggar mati pengguna jalan raya ini seperti tak berkesudahan. Lepas satu kes, muncul lagi satu kes.


Menurut Berita Harian, kes yang terbaru ini melibatkan seorang pelajar tingkatan 5 yang meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Myvi dipandu oleh pemandu mabuk dekat Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Aduhai… 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, yang menunggang Yamaha Y15 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Eifbvtaumaeo2Rc

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan ini terjadi selepas kenderaan Myvi terbabit dari susur Jalan Sri Amar, Chow Kit tiba-tiba mengubah laluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di laluan itu. 

“Pada masa sama penunggang motosikal yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut gagal mengelak dan melanggar pintu sisi depan bahagian kiri Myvi berkenaan,” katanya.

Tambah Zulkefly lagi, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Pemandu Myvi diarahkan menjalani ujian pernafasan menggunakan alat Evidential Breath Analyzer (EBA) dan didapati paras alkohol dalam tubuhnya melebihi paras dibenarkan.

“Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan,” kata Zulkefly lagi.

Kemalangan tersebut disiasat mengikut  Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan yang menimpa dan pemandu tersebut mendapat hukuman yang setimpal dengannya. 

Baca: [VIDEO] Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kini Pak Cik Tua Naik Basikal Pula Jadi Mangsa

Pk 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.