in

“U olls can call me PROSAFE” – Rita Rudaini Nafi Diri Antivaksin

Rita Rudaini Prosafe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui terdapat segelintir pelakon menolak untuk divaksin dengan vaksin COVID 19 atas sebab-sebab tertentu.


Antara yang paling lantang menyuarakan pandangan berkenaan hal ini ialah pelakon drama bersiri Shah Alam 40,000, Rita Rudaini.

Rita Rudaini

Pun begitu, Rita menerusi instastory baru-baru ini menafikan dirinya sebagai antivaksin dan lebih selesa jika digelar sebagai ‘prosafe.’

 

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna” 

Menurutnya, orang ramai perlu lebih cakna akan makna perkataan ‘Antivaksin’ dan ‘Prosafe’ yang mana baginya ia membawa maksud yang berbeza.

Malah Rita juga menafikan dirinya sebagai antivaksin kerana jika dia tidak suka menerima vaksin, dia tidak mungkin mahu divaksin ketika ingin menunaikan umrah atau membenarkan anak-anaknya divaksin semasa kecil.

Antivaksin Prosafe

Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna… Antara ANTIVAKSIN n PROSAFE. 

“You alls can call me PROSAFE. Kalau sistur antivaksin, tak adalah sistur ada cucuk vaccine sebelum ni macam vaccine pergi umrah dan vaccine masa kecil termasuk anak-anak. 

“Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang BIJAK menggunakan sesuatu perkataan untuk dilabelkan sesuatu biar objek dan makna selari. Hi, I’m Rita Rudaini and I’m prosafe,” tulisnya.

Rita dalam satu kenyataan di media juga mengakui berpegang kepada prinsip untuk menerima vaksin COVID 19 apabila ia sudah diiktiraf di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Rita juga mengakui dia kini teruk dihentam netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya serta perkara tersebut telah disalah tafsir ramai.

Baca: “Setakat dine ini, rentas, masuk mall” – Rita Rudiani Mengaku ‘Tak Hadap’ Kelonggaran Dari Kerajaan

Rita

Sumber: Kosmo
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.