Seperti ramai tahu, pelakon Rita Rudaini adalah antara selebriti yang lantang bersuara lebih-lebih lagi mengenai isu vaksin.
Korang juga mesti tahu yang Rita juga secara terang-terangan turut memberitahu tentang pendiriannya untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 yang disarankan oleh kerajaan.
“Tak semua rakyat boleh diperbodohkan”
Baru-baru ini menerusi Instagram, Rita sekali lagi meluahkan pendapatnya kali ini dia tujukan perkara ini kepada kerajaan.
Menurut Rita, walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai “nikmat” untuk orang yang telah pun lengkap mengambil dua dos vaksin, bagi dirinya itu semua bukan keperluan.
Malah pelakon ini turut mengatakan yang dia tak hadap dengan segala kelonggaran yang diberikan seperti rentas negeri, dine-in atau masuk ke dalam pusat membeli belah.
https://www.instagram.com/p/CTZXDwYpIHf/
Setakat bagi dine in, rentas masuk mall… Lagi apa lagi? Itu je ‘NIKMAT’ yang boleh bagi? Alahaiii… Tak hadap pun… Semua tu bukan keperluan…
Tapi kalau bagi SYURGA… Haa memang sistur menggelupur merentan dekat rumah menangis tepi jamban. Itu baru laa ‘nikmat’.”
Bukan itu sahaja, Rita turut memberi pesanan kepada ahli politik dan menteri untuk berhenti (mungkin tentang kelonggaran bagi orang yang dah menerima vaksin) kerana baginya tak semua rakyat boleh diperbodohkan.
Wahai YB/MENTERI… Dah-dah lah tu… TAK SEMUA RAKYAT BOLEH DIPERBODOHKAN.”
Sebelum ini, kerana pendiriannya untuk tidak mengambil vaksin, nama Rita Rudaini telah pun digugurkan dari dua produksi penggambaran drama namun pelakon ini akur dengan keputusan dan menerima dengan hati yang terbuka.
Baca: Dakwa Selalu Dapat DM Dikeji Tak Boleh Rentas Negeri, Ini Respon Rita Rudaini