“Tutup jelah UPNM”- Lagi Kes Kematian Penuntut UPNM, Kakak Dakwa Adik Jadi ‘Mangsa’ Seperti Zulfarhan

Berita kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dipercayai ‘dibuli’ jelas mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Nama UPNM terus menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ke atas Zulfarhan.

Namun kisah terbaru melibatkan kematian seorang lagi penuntut UPNM, Amirul Nashriq yang meninggal dunia kerana lemas di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang menimbulkan ‘keraguan’ keluarga.

Sebab…

 

“Kami pihak keluarga dah menanggung derita selama 1 tahun 4 bulan dan saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya buka cerita…”

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada beberapa kenalan yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang kes arwah adik…

Posted by Norzulaikha Othman on Sunday, August 4, 2019

 

Norzulaikha Othman yang juga kakak kepada Amirul Nashriq berkata mereka sekeluarga dimaklumkan berita kematian adiknya yang dipercayai lemas, namun hatinya kuat mengatakan sebaliknya kerana beberapa hari sebelumnya Amirul ada bercerita kepada dia dan keluarga.

 

“Arwah menghantar gambar badannya(ulu hati dan dada) lebam akibat dipukul oleh 3 orang senior…”

 

“Bapa masukkan wang ke akaun arwah dan menyuruh dia pulang ke rumah untuk bawa dia ke hospital tapi…”

Sumber: Facebook

 

Tak sangka ayat ‘Terima kasih ayah’ merupakan mesej terakhir yang diterima mereka sekeluarga sebelum Amirul menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Harapan untuk melihat Amirul pulang dan membawanya ke hospital ternyata lain pula yang terjadi apabila Zulaikha sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian Amirul Nashriq.

 

“Bapa terima BEBERAPA panggilan dari pegawai UPNM dan mendesak agar diberi kebenaran untuk membuat post mortem ke atas arwah, namun…”

 

“Tiada seorang pun yang berani untuk mengambil kes ini kerana risiko yang tinggi dan tiada bukti kukuh.”

Sumber: Facebook

 

Allahu sebak baca perkongsian kisah Zulaikha mengenai kisah pemergian adik kesayangannya. Semoga keadilan ditegakkan untuk mereka sekeluarga. Amin.

Baca : Bau hamis, baju ada tompok darah- Pemandu E Hailing Kongsi Keadaan Terakhir Zulfarhan Sewaktu Hantar Arwah Ke Klinik Selepas Dikeroyok

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.